in

Wanita ‘Claim’ Ramai Lelaki ‘Butthurt’ Bila Isteri Tak Tolong Bayar Rumah, Padahal…

collage 72 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, dengan harga barang keperluan asas yang makin naik, memang susah untuk pasangan suami isteri bergantung dengan hanya satu pendapatan sahaja.

Mungkin sebab itu, ramai wanita yang memilih untuk menolong suami menjelaskan sewa dan bil-bil rumah bagi meringankan beban.


“Lelaki meleis bab lain laju tapi bab nafkah slow”

Namun begitu, baru-baru ini seorang wanita di Twitter mengatakan bahawa ramai lelaki yang tak tahu bahawa membayar sewa atau duit pinjaman rumah adalah tanggungjawab suami sepenuhnya sehinggakan ada lelaki yang menyuruh isterinya membayar half-half.

Tambah wanita ini, ramai lelaki yang tidak tahu asas nafkah dalam agama Islam dan hanya tahu kahwin sahaja. Betul ke ni?

Screenshot 2022 03 29 at 1.13.31 PM 1

Screenshot 2022 03 29 at 1.42.39 PM

“Kalau tak puas hati, tuntut cerai je”

Melihat di ruangan komen, ada yang menyokong kenyataan wanita ini namun ada juga lelaki yang butthurt dan menuduh wanita selalunya banyak demand bab bab nafkah ni.

Screenshot 2022 03 29 at 1.24.47 PM down

Suami WAJIB bagi nafkah

Menurut artikel fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Kuala Lumpur, nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteri adalah:

  • Makanan
  • Barang-barang dapur
  • Pakaian
  • Tempat tinggal
  • Alat-alat untuk membersihkan diri
  • Barangan rumah
  • Pembantu rumah sekiranya isteri biasa mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja).

Nafkah pada asalnya sesuatu perkara yang diwajibkan ke atas suami terhadap isteri. Akan tetapi jika si isteri menghalalkan nafkah yang wajib diberikan suami ke atas dirinya tidak menjadi masalah. Nafkah itu secara langsung tidak menjadi kewajipan ke atasnya.

Jika isteri tidak menghalalkannya maka ianya dikira sebagai hutang, menurut majoriti ulama bahawa nafkah yang tidak dijelaskan oleh suami akan dikira sebagai hutang sekiranya suami enggan menunaikannya kepada isteri. Ia tidak akan gugur kecuali dengan pembayaran atau dengan pelupusan sebagaimana hutang-hutang yang lain.

Namun dalam apa-apa hubungan pun perlulah berbincang dan kalau isteri setuju untuk bantu suami  menyelesaikan bil-bil rumah baguslah. Moga lebih banyak pahala untuk isteri. Tapi suami pun janganlah terbiasa sangat sampaikan tak ada usaha untuk tunaikan nafkah.

 

Baca: “Tak bagi nafkah, ada pompuan lain” – Kecoh Pasal Isteri Lari Ikut Lelaki PUBG, Rupanya Menyorok Sebab Suami Kaki Pukul!

feature2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.