Sekiranya korang penggemar acara merentas halangan dan sering sertai acara tersebut, korang pasti tersenyum lebar sebab acara rentas halangan terbesar di Asia, Viper Challenge ‘King Of Mountain’ bakal kembali ke Genting Highlands pada Januari 2024.
Setelah 6 tahun tidak mengadakan acara tersebut, Viper Challenge akan kembali ke Resorts World Awana dan menjanjikan 15 halangan yang mencabar selain peserta boleh ‘menjamu’ mata dengan pemandangan dan persekitaran di tanah tinggi tersebut.
Untuk yang baru-baru nak mengenali acara ini, Viper Challenge merupakan acara yang berasaskan merentas halangan yang mana korang boleh sertai secara solo mahupun berkumpulan. Kalau nak meriah, join lah dengan kawan-kawan.

Berapa orang ahli kumpulan itu terpulang pada korang. Matlamatnya adalah untuk sama-sama cabar diri masing-masing untuk menghabiskan 15 halangan yang pelbagai seperti Spider Wall, Dome, Floor Is Lava dan banyak lagi sejauh 7 kilometer.

Apa yang pasti, semua peserta yang berjaya menamatkan kesemua halangan bakal menerima t-shirt finisher dan juga pingat!
Untuk Viper Challenge, King of The Mountain 2024 ni akan diadakan di Resorts World Awana Genting pada 20 Januari 2024.

Memasuki tahun ke-10 penganjuran acara tersebut, edisi 2024 bakal menyaksikan kelainan di mana pihak Viper Challenge memberi peluang kepada para peserta untuk mengundi halangan yang ingin mereka tempuh ketika acara ini menerusi laman Instagram mereka.
View this post on Instagram
Macam Mana Nak Join?
Okay, min tahu korang semua dah bersemangat nak tawan Genting Highlands, korang boleh dapatkan tiket yang sudah mula dijual dengan harga RM178* di laman web ini.

TAPI, khas dan eksklusif untuk korang, LOBAK MERAH nak payung kod promo.
Korang hanya perlu gunakan kod <VIPERLB> semasa check out out sebelum 7 Januari 2024 dan korang akan menerima diskaun sebanyak 40%
Untuk maklumat lanjut atau nak beli tiket, korang boleh ke laman web Viper Challenge dan ikuti diorang di Facebook dan juga Instagram untuk dapatkan kemaskini mengenai acara ni okay?
Jumpa dekat sana!
