in

[VIDEO] Doktor Ajar Teknik Pernafasan Untuk Orang Selalu Semput & Letih Lepas Dijangkiti Covid-19

collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesetengah orang yang pernah dijangkiti Covid-19, dorang akan alami beberapa simptom long covid di mana seseorang itu akan mempunyai beberapa kesan berpanjangan walaupun selepas sembuh.

Menurut kajian klinikal dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak 66% pesakit Covid-19 mengalami sindrom long covid dan antara simptom yang dorang alami adalah sering rasa letih, batuk, sukar bernafas dan susah tidur.


Menerusi TikTok, Pegawai Perubatan Dr Hadi Othman mengatakan, jika korang sering rasa semput dan penat selepas dijangkiti Covid-19, ini adalah disebabkan oleh luka akibat kesan dari virus Covid-19.

Dalam video yang telah pun mendapat lebih dari 1 juta tontonan ini, Dr Hadi telah mengajar beberapa teknik pernafasan yang korang boleh buat sekiranya korang alami masalah ini.

@dr.hadiothman

Sering Semput dan Letih lepas dijangkiti Covid??? #belajarbersama #tiktokguru #DoktorBius #icucovid #deepbreathing

♬ Pump It – The Black Eyed Peas

Jadi apa yang korang boleh buat adalah:

1. Tarik nafas perlahan-lahan, kemudian tahan 5 saat dan lepaskan perlahan-lahan

2. Tarik nafas, tahan dua saat dan lepas nafas dengan kuat dan lama

3. Tarik nafas, tahan dua saat dan lepas dengan kuat dan laju

Teknik pernafasan ini boleh mengurangkan tekanan dan anxiety yang biasanya terjadi kepada individu yang mengalami simptom yang teruk.

Bukan tu je, cara ini juga boleh memperbaiki kualiti tidur korang dan elok sangat diamalkan masa korang tengah kuarantin dekat rumah dan rutin harian.

 

Baca: “Selagi boleh gelakkan, gelaklah” – KKM Kongsi Info Long COVID, Netizen Pelik Kenapa Ramai Beri Emoji Ketawa

banyak emoji ketawa kkm info long covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.