in

[Video] “Comel!” – Netizen terhibur gelagat bapa men’gulung’ bayinya persis kebab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk membantu para isteri dalam menguruskan anak-anak terutama bayi yang masih kecil.


Disebabkan itu, para suami juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu ‘parenting’ dalam menguruskan keperluan bayi mereka yang sememangnya memerlukan penjagaan yang rapi.

Seperti dalam rakaman video yang tular di Twitter baru-baru ini, seorang bapa dilihat cuba untuk membedung bayinya yang masih kecil setelah isterinya yang kurang sihat meminta bantuannya untuk berbuat demikian.

Pada awalnya, si bapa kelihatan kekok untuk melakukannya apabila dia bukannya membedung bayi mereka seperti yang sepatutnya, sebaliknya dia dilihat seolah-olah “menggulung” bayinya seperti membalut kebab.

Lebih menghiburkan, bayi mereka yang menangis pada awalnya juga berhenti menangis setelah digulingkan beberapa kali oleh bapanya diikuti oleh ketawa kecil si isteri.

Rakaman video yang dirakam oleh isterinya itu dimuat naik ke akaun Twitter miliknya dan mendapat lebih daripada 50 ribu retweets dan 200 ribu likes.

Rata-rata netizen teruja dengan teknik bedungan si bapa yang kelihatan lebih kemas daripada bedungan bayi yang biasa dilakukan oleh mereka para ibu yang baru melahirkan anak.  Terdapat juga netizen yang berseloroh mengatakan bedungan bapa si comel itu persis balutan kebab dan burritos.

Baca : Rileks je parents dia bagi main [VIDEO] Baru 6 BULAN, Bayi Ini Pegang Rekod Dunia Jadi Manusia Termuda Main Water Ski

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Written by Mastura

Saya merupakan seorang yang bermotivasi tinggi serta suka bekerja dalam pasukan. Saya boleh bekerja dengan baik dalam pelbagai ragam manusia. Saya juga adalah seorang ‘perfectionist’ dalam menyelesaikan tugasan dengan tertib dan teratur. Saya suka belajar benda baharu dan tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu. Saya juga seorang
yang berdedikasi tinggi serta menepati masa.

“Demi mencari sesuap nasi” – Tukang Masak Maut Tersepit Dalam Pengisar Kacang

[TERKINI] Naik Mendadak! 260 Kes Baru, 87 Kes Pulih & TIADA Kes Kematian Dilaporkan Hari Ini