Sejak pergerakan rentas negeri dibenarkan, boleh dikatakan setiap kali ada cuti umum ataupun hujung minggu akan dimanfaatkan oleh orang ramai untuk bercuti, baik bersama keluarga, rakan-rakan dan sebagainya.
Namun, perlu diingatkan dalam pada keterujaan untuk bercuti tersebut, jangan lupa yang kita masih belum ‘menang’ melawan Covid-19 dan buktinya kes jangkitan harian masih lagi berada pada nilai empat angka.
Bukan nak ‘memotong’ keterujaan korang untuk bercuti, tetapi kalau korang ada merancang untuk bercuti dan ini merupakan kali pertama korang nak bercuti dalam norma baharu ini, pastikan bawa barang-barangan ini.

Sanitizer Yang Mencukupi
Walaupun terdapat cecair pembasmi kuman ini disediakan di kebanyakan premis, perlu diingatkan kadangkala disebabkan terlalu ramai orang, ia tidak sempat untuk diisi semula, sudahnya hanya tinggal botol kosong sahaja.
Jadi, korang sediakanlah sanitizer mencukupi. Satu dalam beg, satu standby letak dalam kereta dan sebagainya.
Topeng pelitup muka
Selain cecair pembasmi kuman, salah satu barangan penting yang perlu korang bawa (dan bawa banyak) adalah topeng pelitup muka. Menurut perkongsian di portal rasmi KKM, topeng tersebut perlu ditukar sekiranya lembap, dipakai hanya sekali dan tidak melebihi 8 jam!

Bakul baju kotor
Nampak macam remeh, tetapi ianya satu cara yang paling mudah untuk mengasingkan pakaian yang telah dipakai dengan pakaian bersih di hotel.

Jika korang jenis yang gemar atau boleh untuk ‘survive‘ dengan sehelai baju dari siang sampai malam, seeloknya kena lebih rajin menukar pakaian. Sebaiknya, setiap kali balik ke hotel, terus buka baju dan masukkan dalam beg pakaian kotor atau kalau malas, gunakan beg plastik sampah tu.
Handphone
Selain untuk membuat panggilan, menggunakan aplikasi navigasi dan lain-lain, telefon pintar kini boleh dikategorikan sebagai ‘wajib’ bawa kerana adanya aplikasi MySejahtera.
Selain untuk merekodkan kemasukan ke premis, terdapat rekod vaksinasi kita di dalam aplikasi tersebut. Sekarang ni pulak, kita dah digalakkan buat transaksi tanpa tunai, jadi nak mudahkan urusan, kita guna sahaja aplikasi e-walllet yang ada di telefon tu, misalnya GrabPay dan lain-lain.
Tisu basah
Mungkin ada kalanya sesetengah tempat tidak melakukan sanitasi atau terlalu sibuk sehinggakan tidak sempat untuk mensanitasi kawasan mereka, jadi kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti lapkan kerusi atau meja sebelum kita gunakan dan sebagainya.
Kalau tertinggal semua barang yang min sebutkan tadi, carilah farmasi berdekatan atau mana-mana pasar raya yang ada di destinasi korang bercuti tu. Kalau susah sangat atau malas nak keluar, beli je guna Grab!
Semua ada di Grab!
Sekarang ni ada banyak promosi yang diadakan di semua rangkaian perkhidmatan Grab. Kalau untuk barangan yang min cakap tadi, korang boleh tengok dekat GrabMart. Ada beribu barangan yang korang boleh dapatkan dengan harga potongan sehingga 50%!

“Percutian lebih tenang, kurang sikit risau bila ada Grab”
Menurut pengalaman min bercuti ke Ipoh baru-baru ni, memang ‘pening’ kepala dan ada sekelumit rasa menyesal jugak sebenarnya sebab boleh dikatakan semua tempat kena beratur dan terlalu ramai orang.
Sudahnya, min bukak Grab dan cari kedai yang min nak! Kena pulak sekarang ni memang ada banyak promosi yang Grab adakan baik di GrabMart, GrabFood ataupun GrabPay. Sebagai contoh, kalau korang buat pesanan di GrabFood, korang akan dapat potongan sehingga 50% tau!
Kuala Lumpur & Selangor

– Gunakan kod promo HOTDEALS untuk dapatkan potongan sehingga 50%
Atau
– Gunakan kod promo HOTDEALS30 untuk dapatkan potongan sehingga 30% (penjimatan sehingga RM8 tu!)
Bandar – bandar lain selain KL & Selangor
– Gunakan kod promo HOTDEALSGF untuk dapatkan potongan 50% (sehingga RM12.50)

Selain makanan yang sedap dan menarik tu, korang boleh dapatkan lebih penjimatan kalau gunakan GrabPay untuk buat bayaran tempahan hotel ke, aktiviti ke dan lain-lain. Untuk pengguna baru, korang boleh dapatkan rebat sehingga 40% dengan berbelanja RM75!
Ada banyak merchant yang ambil bahagian tau, Klook ada, Agoda ada, Malindo pun ada! Nak tahu senarai penuh, korang boleh rujuk di sini.
