in

Tahukah Anda, Ini Rupanya Fungsi Tiang Kilometer Yang Sering Kita Lihat Di Tepi Jalan

f2 lr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang sering perhatikan di tepi-tepi jalan ketika sedang menaiki kenderaan atau memandu kereta, mesti perasan ada satu tiang yang selalu ada di tepi jalan raya.

Ha, kali ini kami nak kongsikan dengan anda fungsi dan maksud di sebalik kewujudan tiang berkenaan.


Menurut sebuah perkongsian menerusi Facebook Jabatan Kerja Raya Malaysia baru-baru ini, tiang berkenaan dikenali sebagai tiang kilometer atau dalam bahasa Inggeris, Kilometer Post.

lr 2

Dalam perkongsian berkenaan, pihak JKR telah berkongsi sebuah infografik tentang tiang kilometer itu. Difahamkan, ia dipasang di sepanjang Jalan Negeri dan Jalan Persekutuan untuk rujukan pengguna jalan dan memudahkan kerja-kerja penyenggaraan.

lr 5

Untuk pengetahuan semua, ada dua jenis tiang ini iaitu tiang jenis A yang dipasang setiap lima kilometer dan jenis B yang dipasang setiap satu kilometer.

lr 4

Boleh rujuk infografik yang dikongsikan oleh pihak JKR ini kalau korang nak faham dengan lebih lanjut maksud di sebaliknya.

lr 3

Namun, ada juga netizen di ruangan komen Facebook JKR yang kata sekarang ni dah susah nak jumpa batu atau tiang macam ni sebab kebanyakannya dah digantikan dengan besi.

Baru min tahu ada fungsi rupanya tiang putih ni, dulu time kecik-kecik ingatkan batu nisan apa la kan. 

Baca: [VIDEO] Tertanya-tanya Pekerja RnR Lalu Mana Pergi Kerja? Ini Jawapannya…

lr 1

Sumber: Wikipedia
Sumber: Mapio.net

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.