Untuk mereka yang mengikuti perkembangan e-sukan Malaysia, pastinya korang tahu yang sekarang ini sedang berlangsungnya Kejohanan Dunia Mobile Legends 2021 atau lebih dikenali sebagai kejohanan M3.
Walaupun ada yang menganggap e-sukan bukanlah sukan sebenar, namun perlu korang ketahui yang pasukan-pasukan yang bertanding perlu juga membuat persiapan dari segi mental dan juga fizikal dan mereka ini sebenarnya saling tak tumpah seperti atlet sukan yang lain.
Sebagai contoh, mereka ini menghabiskan masa setiap hari untuk mengadakan latihan dan ianya pasti bertumpu kepada strategi permainan, pemilihan hero yang bersesuaian dan lain-lain yang nampak senang tetapi hakikatnya lebih daripada itu.

16 Pasukan Terbaik Dunia Rebut Hadiah Bernilai RM3.5 Juta
Untuk kejohanan M3 kali ini, 16 pasukan terbaik seluruh dunia telah berentap secara offline dan secara langsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura yang telah diadakan bermula pada 6 Disember hingga 19 Disember 2021 dan telah dimenangi oleh pasukan Blacklist International dari Filipina.
2 pasukan dari Malaysia yang diwakili oleh pasukan SMG dan juga Todak malangnya gagal untuk mencabar kejuaraan setelah dua-duanya tersingkir. Namun persembahan kedua-duanya patut mendapat pujian terutama pasukan Todak yang bermula dari upper-bracket menentang pasukan RRQ dan menyajikan perlawanan yang menarik dan mendebarkan.
Walaupun tewas 3-1 kepada RRQ dari Indonesia, Todak kemudiannya meneruskan sertai SMG di lower-bracket dan berjaya mara sehingga ke 6 pasukan terbaik sebelum tewas 3-2 kepada pasukan EVOS dari Singapura.

Namun, kehangatan kejohanan dunia tersebut tidak terhenti disitu. Untuk peminat-peminat permainan Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) di Malaysia jangan bersedih kerana terdapat pelbagai lagi hadiah dan manfaat yang korang boleh dapatkan sehingga 2 Januari 2022 nanti secara in-game!
Antaranya termasuklah;

Cabaran Pass M3 (29/11 – 2/1/2022) :

- Selesaikan tugas Pass M3 dan sertai acara berkaitan M3 untuk mendapatkan EXP M3 Pass korang dan boleh digunakan untuk menaik taraf Pas M3.
- Belanjakan diamonds untuk membuka kunci ganjaran premium dalam Pass iaitu M3 Exclusive Epic Skin – Roger “Phantom Ranger”, dan banyak lagi!
- Tingkatkan Pas untuk mendapatkan ganjaran tahap yang sepadan, termasuk Rajah Model Eksklusif M3, Prime Skin – Roger “Fiend Haunter”, Efek Khas, Emote, Sacred Statue – Roger “The Warlord”, dan sebagainya yang bernilai lebih daripada 20000 Berlian!
Ranked Boost
Selain daripada melengkapkan tugasan melalui cabaran pass M3 tersebut, korang boleh juga dapat menambah EXP M3 Pass tersebut dengan menggunakan banner M3 Morale semasa dalam permainan, lebih banyak menang, lebih tinggi EXP yang akan diberikan oleh Moonton kepada korang.
Selain itu ada lagi ‘hadiah’ yang nak diberikan oleh Moonton kepada seluruh peminat MLBB dari Malaysia, iaitu sebuah perlawanan ‘showmatch‘ KOL Carnival M3 yang menurut khabar angin akan menampilkan streamer terkenal Soloz, Daddy, XK Penjahat, Ombong Haha dan penampilan istimewa caster, Ikutoo yang akan bersaing bersama dan menentang KOL dari Filipina dan Indonesia.

Dalam masa yang sama, pastinya akan ada banyak hadiah yang menanti semua peminat, cuma perlu saksikan sahaja M3 KOL Karnival yang akan diadakan dan akan distrim secara langsung melalui Youtube dan Facebook rasmi MLBB.
Agak-agak siapa akan menang perlawanan showmatch tu nanti?
