in

Siri Samsung Galaxy S23, Telefon Terbaik Buat Peminat Photography & Nightography

samsung 2

Samsung sebagai salah sebuah syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka dunia kini kembali dengan siri peranti mudah alih premium iaitu Samsung Galaxy S23, Samsung Galaxy S23+ dan Samsung Galaxy S23 Ultra.

Istimewanya Siri ini merupakan peranti pertama menggunakan Corning Gorilla Glass Victus 2 yang mempunyai kemampuan tahan hentakan jatuh dari ketinggian 1 meter pada permukaan kasar dan konkrit.

Dilengkapi kamera tercanggih!

Sistem kamera pada telefon pintar adalah antara faktor utama pemilihan sesebuah peranti. Dengan media sosial semakin penting untuk kehidupan seharian lebih-lebih lagi kepada Generasi YZ, siri Galaxy S23 adalah pilihan tepat terutama bagi peminat photography dan nightography masa kini.

combo infovisuals feature design 1080x1080 230119

Pada siri kali ini, Samsung memperkenalkan ciri autofokus pantas dan kamera hadapan Super HDR buat pertama kali iaitu daripada kadar 30fps kepada 60fps sebagai kepuasan untuk mendapatkan imej dan video yang lebih baik.

Bagi korang yang ingin melibatkan diri secara profesional dalam bidang photography, Samsung Galaxy S23 Ultra adalah pilihan sempurna kerana hadir dengan teknologi baharu Adaptive Pixel dengan kamera utama 200MP untuk menangkap butiran lebih sharp dan jelas.

dm3 infovisuals feature camera 1080x1080 230126

Selain itu, siri Galaxy S23 juga menampilkan teknologi Nightography yang dipertingkatkan berbanding siri sebelumnya, menjadikan tangkapan gambar waktu malam atau low light lebih cantik dan menawan.

Lebih menarik lagi,ia turut hadir dengan kamera swafoto 12MP dengan peningkatan teknologi dwi piksel pada siri ini, membolehkan penghasilan kesan bokeh yang lebih natural pada waktu malam.

dm12 infovisuals feature comparison 1080x1080 230119

Manakala sistem penstabilan imej optikal (OIS) dipertingkat dua kali ganda daripada siri sebelum. Dengan jarak pergerakan lensa yang lebih tinggi walaupun pada waktu malam, video serta imej yang lebih stabil dapat diambil walaupun pengguna sedang bergerak.

Bukan itu sahaja, memandangkan format imej yang ditawarkan adalah dalam format RAW, korang boleh dapat akses eksklusif kepada aplikasi Expert RAW yang penuh dengan pelbagai alatan penyuntingan. Dah tak perlu susah-susah dah!

Juga perlu tahu, dengan ciri rakaman audio 360 darjah pada fon telinga Samsung Galaxy Buds2 Pro yang dipakai pada siri ini, membolehkan rakaman video dengan audio yang lebih realistik.

Tambah pula dengan ciri Pengawal Kamera pada siri Galaxy Watch5, korang boleh mengawal zoom kamera telefon ini dari jauh pada pergelangan tangan sahaja!

main galaxy s23 ultra ecosystem kv game 2p rgb 221226

Berikut ialah warna-warna yang tersedia untuk Samsung Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra:

  • Phantom Black
  • Cream
  • Green
  • Lavender

Korang rasa berminat atau nak tahu lebih lanjut mengenai siri Galaxy S23 ni, boleh terus berkunjung ke outlet Samsung berdekatan atau beli online DI SINI.

Sumber: Samsung
Sumber: Samsung
Sumber: Samsung
Sumber: Samsung