Hari Raya Aidilfitri bakal berkunjung tiba tidak lama lagi dan pastinya ramai yang akan pulang ke kampung halaman atau melakukan ziarah bagi mengeratkan ikatan silaturahim yang telah terjalin sekian lama.
Maka, raya inilah peluang yang ada untuk kita menjalinkan perhubungan yang lebih erat.
Sempena raya nanti, KHIND ingin mengambil peluang untuk menyerikan raya korang dengan sebuah pengalaman yang tidak boleh ‘dibeli’ dan sangat eksklusif.
Ini edisi tahun 2023, korang tengoklah kemeriahannya.
Kalau korang nak tahu, peraduan Sejuta Kenangan Raya 2024 sudahpun bermula sejak 4 Mac dan akan berakhir pada 12 Mei 2024. Pemenang yang terpilih nanti berpeluang untuk menikmati detik-detik kenangan bersama keluarga tersayang dengan ditawarkan percutian ke vila peribadi serta makan malam eksklusif yang disediakan oleh Chef Selebriti Adu Amran.
Atau, korang nak ‘healing’ satu keluarga lepas penat berkerja dan sebagainya, bolehlah sertai peraduan ini dan jadikan ia satu kenangan bersama yang tercinta sampai bila-bila.
@khind_malaysia Kempen Sejuta Kenangan Raya dah kembali!! ?? Rebut peluang untuk menang penginapan 3H2M kat villa peribadi, and siap ada chef terkenal masakkan makan malam korang! Syokkkkknyaaaa! ? Tekan link kat bio utk cara nak menang! #khindmalaysia #healingtiktok #sejutakenanganraya #kempenraya #rayadengankhind ♬ Coffee break for reading – SOUND BANK
Berikut adalah butiran peraduan Sejuta Kenangan Raya KHIND 2024.
Tempoh Peraduan : 4 Mac – 12 Mei 2024.
Hadiah Utama : 3H2M Penginapan di vila peribadi & makan malam eksklusif dihidangkan oleh Chef Selebriti Adu Amran (untuk 5 ahli keluarga & kawan).
Hadiah Mingguan : 2x Jam Tangan Jenama ‘Ice Watch’(bernilai sebanyak RM699 untuk setiap unit), 8x e-Duit Raya TnGo RM100.

Butiran peraduan dah cerita, hadiah dah cerita, sekarang ni kami akan kongsi cara nak sertai Sejuta Kenangan KHIND ni pulak.
Langkah 1: Beli barangan KHIND. Setiap RM300 akan layak terima 1 penyertaan
Langkah 2: Isi borang penyertaan di https://bit.ly/sejutakr2024khind
Langkah 3: Nantikan pengumuman pemenang di akaun rasmi KHIND Malaysia
Bahasa mudahnya, korang kena buat pembelian sebarang produk KHIND untuk sertai Sejuta Kenangan Raya KHIND 2024 ni. Setiap pembelian berjumlah RM300 dalam satu resit, korang layak untuk 1 penyertaan.
Jadi, lagi banyak korang membeli, lagi banyak lah peluang korang untuk menang. Cuma, diingatkan satu resit, satu penyertaan dan korang tak boleh nak gabungkan dengan resit lain.
Tetapi, kitorang nak share tip untuk tingkatkan lagi peluang korang untuk menang iaitu korang beli mana-mana siri kipas siling KHIND ZenAir (CF56DC1R, CF56DC2R, CF56DC3RL, CF56DC4RL, CF56DC5R, CF56DC6RL). Setiap pembelian KHIND ZenAir ni, akan diberikan 2 penyertaan!
Contohnya ;
Situasi A : Beli barang pelbagai jenama bernilai RM900.
– Tak layak untuk sertai sebab bukan barangan KHIND.
Situasi B : Beli 2 barang KHIND, bernilai RM900 dalam satu resit.
– Dapat 3 penyertaan
Situasi C : Beli kipas siling ZenAir RM538 untuk 2 unit.
– Dapat 3 penyertaan (1 penyertaan beli barangan RM300, 2 penyertaan beli kipas ZenAir).
Belaian Angin Paling Nyaman

Kipas siling siri ZenAir KHIND ni kalau korang nak tahu berlainan sedikit daripada kipas yang ada di pasaran sebabnya dia menggunakan teknologi motor jenis BLDC.
Apa maksudnya? Teknologi BLDC ni akan memusingkan kipas dengan menggunakan kawalan elektronik dan magnet. Jadi, disebabkan tiada geseran berlaku; ia menjadikan kipas tersebut lebih senyap, menjimatkan tenaga serta meningkatkan ketahanan kipas.
4 Perkara Menarik Tentang Kipas Siling Siri ZenAir KHIND
- Angin Semulajadi – kelajuan boleh laras kipas ini akan membolehkan korang menikmati tiupan angin seakan-akan berada di luar rumah.
- Alat Kawalan RF – Tidak seperti alat kawalan lain yang biasanya menggunakan infra merah, siri ini dilengkapi dengan alat kawalan frekuensi radio. Ini bermaknya RF ini boleh menembusi dinding dan secara tak langsung memudahkan lagi kawalan pengguna.
- Putaran Ke Depan & Belakang – Putaran ke hadapan (arah lawan jam) akan menghasilkan angin yang menyegarkan, sesuai ketika cuaca agak panas. Ia juga dilengkapi dengan fungsi putaran ke belakang (ikut arah jam) yang mana boleh melengkapi pendingin hawa. Dalam erti kata lain, ia membantu meluaskan capaian angin daripada pendingin hawa ke setiap kawasan rumah dan memberikan suhu optimum secara keseluruhan.
- Lampu LED Tersedia* – Terdapat 3 pilihan warna lampu LED untuk dipilih, bersesuaian dengan keperluan korang sama ada nak ‘Day Light’ yang sesuai untuk ruang bacaan atau kerja, ‘Natural Light’ untuk pencahayaan sekata dan juga ‘Warm Light’ untuk memberikan suasana tenang dan selesa.
*Lampu LED hanya terdapat pada model-model tertentu sahaja,
Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan kipas siri ZenAir KHIND di kedai-kedai berdekatan atau beli sahaja secara online di kedai rasmi KHIND sambil-sambil tu, boleh la cuba nasib untuk sertai peraduan Sejuta Kenangan Raya KHIND. Sebuah kipas, 2 penyertaan tau!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web KHIND atau ikuti laman sosial rasmi KHIND di Facebook dan juga Instagram.
