in

“Saya minta maaf” – Isteri Dedah Surat Terakhir Lee Sun-kyun, Akui Tak Mampu Tanggung Beban Masalah

lee sunkyun surat terakhir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita kematian aktor Korea Selatan yang terkenal dengan lakonannya dalam filem Parasite, Lee Sun-Kyun baru-baru ini telah menarik perhatian.

Ramai berduka di atas pemergiaan aktor tersebut yang disifatkan mengalami tekanan yang teruk akibat dakwaan terlibat dalam penggunaan dadah.


Terbaru, isteri aktor berkenaan yang juga pelakon, Jeon Hye Jin mendedahkan yang suaminya sempat meninggalkan sepucuk surat kepadanya sebelum menghilangkan diri dan ditemui tidak bernyawa pada Rabu.

lee sun kyun wife IMAGE

Artikel berkaitan: Ditemui Dalam Kereta Di Sebuah Taman, Pelakon Filem ‘Parasite’ Lee Sun-kyun Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: Bebas Tuduhan Dadah, G-Dragon Nak Tubuhkan Yayasan Anti-Dadah Untuk Bantu Belia Korea

“Saya fikir inilah satu-satunya jalan keluar” 

Isi kandungan surat berkenaan menyebut bahawa pelakon lelaki itu sudah tidak mampu menanggung beban dan menghabiskan nyawanya sebagai satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Masalah tersebut dipercayai merujuk kepada beban kewangan terpaksa ditanggung mendiang selepas semua iklan dan tawaran lakonan dibatalkan susulan dakwaan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

lee sun kyun 2 122723 2

Saya tidak dapat menahannya lagi. Saya fikir inilah satu-satunya jalan keluar. Saya minta maaf,” tulis mendiang.

Sebaik membaca surat tersebut, isteri Sun-kyun terus membuat laporan polis berhubung keadaan suaminya kerana bimbang sesuatu berlaku kepadanya.

Namun kebimbangan pelakon itu ternyata ada benarnya, apabila suaminya ditemui tidak bernyawa dalam sebuah kereta Seoul, Korea Selatan.

Terdahulu sejak beberapa bulan lepas, Sun-kyun sudah tiga kali dipanggil oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menggunakan dadah.

2461016

Sun-kyun walau bagaimanapun telah menyangkal tuduhan tersebut sebaliknya dia telah diberikan ubat tidur tanpa pengetahuannya.

Malah hasil ujian air kencing yang dilakukannya juga mendapati mendiang negatif dadah dalam dua saringan yang dilakukannya.

Sun-kyun dan Hye Jin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 selepas 7 tahun bercinta dan mereka juga telah dikurniakan dua cahaya lelaki berusia 14 dan 12 tahun.

Takziah buat keluarga mendiang. 

Sumber: mStar

Sumber: Blog
Sumber: kbizoom
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.