in

“Sakit sampai menduga keimanan” – Sampai Muntah-muntah, Wanita Kongsi Tips Kurangkan Sakit Senggugut Ketika Datang Bulan

feature 4 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai wanita di luar sana yang terpaksa menghadapi kesakitan period pain setiap kali datang bulan. Mungkin sesetengah orang anggap senggugut ni tak teruk pun.

Jangan macam tu, ada wanita yang muntah-muntah dan terpaksa ambil emergency leave tau bila senggugut datang.


Untuk pengetahuan korang, sakit senggugut boleh menyerang wanita beberapa hari sebelum datang bulan dan boleh kekal sehingga tiga hari selepas period datang. Korang boleh rasa cramp di bahagian kaki, sakit pada bahagian bawah perut dan sakit urat.

Kali ini, pengguna Twitter @datininaz telah kongsikan tips yang boleh korang praktikkan untuk kurangkan sakit tersebut setiap bulan.

https://twitter.com/datininaz/status/1260439712097075200

#1 Makan Panadol pink yang khas untuk menstrual pain

period 2

Mungkin ada wanita yang takut nak makan ubat sebab takut akan meninggalkan kesan tak baik pada buah pinggang. Jangan risau, ada netizen lain yang mengatakan selagi kita makan ubat tersebut dalam dos yang terkawal, insya allah takde apa-apa. 

period 1 1

#2 Guna tungku atau warmer bag

Tapi kalau korang masih takut nak makan Panadol pink, korang boleh cuba cara lain macam bertungku untuk hilangkan sakit perut. Untuk yang takde tungku kat rumah, korang juga boleh dapatkan warmer bag di Shopee sebab fungsi kedua-duanya sama sahaja.

period 3

Selain itu, korang juga boleh gunakan heat patch yang boleh kurangkan sakit senggugut tu. Cara penggunaannya mudah je, korang letakkan heat patch tu dekat bahagian yang sakit seperti perut atau belakang badan.

period 6

Korang akan rasa panas sikit tapi jangan risau, keadaan panas tu yang akan kurangkan sakit senggugut. Boleh dapatkan benda ni di farmasi berdekatan.

#3 Sapu minyak panas pada bahagian badan yang sakit

Wanita yang tengah datang bulan juga boleh menggunakan minyak panas seperti minyak YuYee Cap Limau. Kalau takde, minyak angin atau tiger balm pun boleh. 

#4 Minum air campuran halia dan madu

Kalau korang jenis suka minum air herba, boleh cuba minum air campuran madu dan halia.

period 5

#5 Jangan lupa consult doktor

Yang ni paling penting, kalau korang rasa sakit yang berpanjangan, cepat-cepat lah pergi jumpa doktor sebab ada juga kes senggugut teruk. Rupanya, sakit tersebut disebabkan oleh ovari yang bengkak dan cysts.

Jadi, lebih baik mencegah daripada mengubati kan. 

Baca: “Kita yang normal pun pedih..” – Bengah Kongsi Pengalaman Cik Pia Hadapi Period Pain, Sedih Lihat Adik Berhempas Pulas Tahan Sakit

period 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.