Dipasarkan sejak 2013, jenama Redmi mula dikenali di Malaysia kerana rangkaian produk yang sangat berpatutan dan mampu milik. Apa yang membuatkan Redmi sering menjadi sebutan adalah kualiti atau rangkaian telefonnya yang mampu menjadi pencabar jenama-jenama yang terlebih awal bertapak di dalam industri.
Untuk tahun 2022, sekali lagi syarikat berkenaan tidak mengecewakan selepas mengumumkan kemunculan siri ke 11 untuk ‘keluarga’ Redmi Note dan bakal hadir dengan 4 versi, Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 dan akan memasuki pasaran dengan harga tawaran serendah RM799!
Dari segi spesifikasi umum, untuk Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S, kesemuanya hadir dengan kamera utama yang mempunyai 108MP di bahagian belakang dan kamera depan 16MP untuk hasil gambar ‘selfie’ yang lebih natural.


Dari segi performance, Redmi menggunakan pemprosesan lapan teras, Snapdragon® 695 untuk Redmi Note 11 Pro 5G manakala pemprosesan MediaTek Helio G96 untuk siri Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S serta sokongan sehingga 8GB RAM.
Keempat-empat telefon pintar ini dikuasakan dengan bateri berkapasiti 5,000 mAH dan untuk siri Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro, ia dilengkapi dengan pengecasan turbo 67W yang mampu mengecas sehingga 50% dalam 15 minit * manakala Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 pula disertakan dengan pengecasan pantas 33W.

* Data daripada Xiaomi Labs, keputusan sebenar mungkin berbeza-beza.
Harga :
Redmi Note 11 Pro 5G – RM1299
Redmi Note 11 Pro – RM1099
Redmi Note 11S – RM999
Redmi Note 11 – RM799
Untuk pembeli terawal model Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro menerusi pra-tempahan dari pengedar sah Xiaomi, korang berpeluang untuk mendapat pelbagai hadiah menarik dan premium bernilai RM328 seperti :
- Mi Smart Band 6
- Beg Kanvas
- Beg selimut premium
Manakala pembeli terawal Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 pula, akan berpeluang untuk menerima beg kanvas dan beg selimut premium bernilai RM139!
Semua ini akan menjadi milik pembeli terawal yang membuat pembelian di kedai rasmi atau pengedar sah Xiaomi di seluruh negara bermula dari 12 Februari sehingga 28 Februari nanti.
