in

“Ramai Tak Ada Simpanan Sekurang-kurangnya RM1k” – Penasihat Kewangan Kongsi Cara Hadapi Kegawatan Ekonomi

collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang nak tahu, kita dijangka bakal mengalami kegawatan ekonomi tahun hadapan. Malah, sekarang pun keadaan ekonomi tidak menentu dengan faedah yang tinggi, inflasi meningkat dan ringgit yang semakin jatuh.

Ekoran ini, Penasihat Kewangan Berlesen, Dr Adam Zubir menasihatkan orang ramai untuk tidak menambah hutang yang tak perlu seperti menaik taraf kereta, rumah dan sebagainya. Sebaliknya, cuba untuk membuat simpanan kecemasan.


Menurutnya, kita semua perlu peka dengan aliran tunai bagi mengelak terlebih belanja sehingga terperangkap dalam hutang yang tak perlu, lapor Berita Harian.

kemelesetan ekonomi

Masa ini adalah (sesuai) membina semula simpanan. Nasihat saya ialah simpanan yang cukup untuk enam bulan sebagai tabung simpanan kecemasan, terutama ketika ini satu dunia (dijangka) mengharungi kegawatan ekonomi.

“Kalau dunia berdepan kegawatan, Malaysia juga akan terkesan walaupun ekonomi Malaysia dilaporkan baik sekarang.”

Tambahnya lagi, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 sedangkan simpanan kecemasan untuk tempoh enam bulan boleh mencukupi bagi menghadapi persekitaran kadar faedah dan inflasi yang tinggi.

Nasihat saya dalam menguruskan kewangan ialah kenal pasti dulu masalah kewangan. Ramai yang tidak ambil apa-apa inisiatif kerana tidak tahu mereka ada masalah kewangan.

“Mereka ingat adalah biasa (untuk) mempunyai hutang kad kredit RM10,000, RM20,000. Sebenarnya itu luar biasa. Mereka tidak tahu telah berbelanja lebih daripada pendapatan.”

So, janganlah buat keputusan yang terburu-buru sekarang ni. Kalau ada duit lebih, simpanlah dulu okay?

 

Baca: “Kerja susah dapat, dapat pun underpaid” – Tinjauan Dapati Hampir 50% Golongan Muda Bawah 35 Tahun Tiada Simpanan

Screenshot 2022 10 17 at 6.53.25 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.