Beberapa kali dinobatkan sebagai individu paling kaya di dunia, siapa tidak kenal dengan Jeff Bezos yang merupakan pengasas kepada Amazon.com dan Blue Origin (syarikat penjelajahan angkasa lepas).
Namun, rupanya banyak lagi fakta menarik tentang lelaki ini yang ramai tak tahu.
Ini 7 fakta ‘rare’ mengenai Jeff Bezos :
1. Pernah bekerja di McDonald’s
Percaya atau tidak, rupanya Jeff Bezos pernah bekerja di McDonald’s. Malah dia kagum dengan pelbagai peralatan automatik yang digunakan di restoran makanan segera itu.
Difahamkan perkara tersebut, mendorong minatnya dalam inovasi teknologi.

2. Bapa kandung tak kenal Jeff Bezos sehingga tahun 2013
Dilahirkan pada 12 Januari 1964, Jeffrey Preston Jorgensen atau Jeff Bezos merupakan anak kepada pasangan Ted Jorgensen dan Jacklyn Gise Jorgensen.
Ibu bapanya bercerai ketika usia Jeff Bezos menginjak 1 tahun. Si ibu kemudiannya berkahwin dengan Miguel ‘Mike’ Bezos dan berpindah ke Houston, Texas.
Manakala bapa kandungnya terus terputus hubungan dengan Jeff Bezos dan bekas isterinya selepas mereka bercerai, malah dia tidak ingat nama anaknya itu dan tidak mengetahui sama ada anaknya masih hidup atau tak.
Namun pada 2013, ada seorang wartawan interview dia dan pada ketika itu baru dia tahu yang Jeff Bezos merupakan anak kandungnya.
3. Rupanya ada nama lain sebelum Amazon.com
Difahamkan selepas Bezos berhenti kerja di sebuah firma dana pada usia 29 tahun, dia menjual ebook dan menamakan laman webnya sebagai ‘Relentless.com’.
Bagaimanapun nama itu tidak diterima rakan-rakannya kerana mendapati ia agak kasar, sebelum Bezos menukar nama itu kepada ‘Cadabra’ iaitu singkatan kepada ‘Abracadabra’.
Akhirnya dia menukar nama kepada Amazon sebab dia mahukan nama yang bermula dengan huruf A. Waktu itu Yahoo menyusun hasil carian mengikut abjad, jadi A akan tampil sebagai hasil carian yang pertama.
Bagaimanapun dikatakan Bezos masih menyimpan domain ‘Relentless.com’ dan jika ianya ditaip akan terus pergi ke Amazon.com.
4. Beli The Washington Post dengan harga 250 Juta USD secara tunai

Korang bayangkan, betapa kayanya Jeff Bezos ini sehingga mampu membeli syarikat akhbar The Washington Post yang ketika itu bernilai 250 juta USD secara tunai.
Ia dibeli menerusi anak syarikatnya iaitu Nash Holdings. Dia kemudiannya merombak semula syarikat akhbar tersebut dan mengoptimumkan fungsinya kepada media digital dan platform mudah alih.
5. Pernah dapat gelaran ‘Boss Paling Teruk Di Dunia’
Ketika Kongres Dunia ITUC (International Trade Union Confederation) di Berlin pada 2014, Bezos telah dipilih sebagai Boss Paling Teruk Di Dunia daripada 9 pencalonan.
ITUC ini mewakili kepentingan 180 juta pekerja dari 161 negara. Difahamkan Amazon sering melayan pekerja dengan tidak wajar & tidak menjaga kebajikan mereka selain hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

6. Raih 6.24 Bilion USD dalam masa 5 minit
Tanggal 10 Oktober 2017 jam 4.00 petang merupakan momen yang sangat bersejarah buat Jeff Bezos apabila mencatat keuntungan sebanyak 6.24 bilion dalam masa 5 minit sahaja.
Ceritanya pada tarikh tersebut, Amazon umum pendapatan suku ketiga dorang, bila pasaran saham Amerika ditutup pukul 4.00 petang, saham Amazon didagangkan pada USD 972 seunit dan dalam 5 minit sahaja, saham melonjak kepada USD 1,041.15.
So, Bezos yang memiliki 17% saham Amazon ketika itu, mencatat keuntungan bernilai 6.24 Bilion USD dalam masa yang singkat. Lima bulan kemudian, dia diangkat sebagai individu paling kaya di dunia.
7. Cipta Jam 10,000 tahun

Korang pernah bayangkan tak jam 10,000 tahun tu macam mana? Dikatakan Jeff Bezos menebuk sebuah gunung di Texas Barat semata-mata untuk ‘tempatkan’ jam di dalamnya.
Dikatakan ia merupakan idea Jeff Bezos dan Danny Hills dan jam tersebut hanya berdetik setahun sekali dan akan berbunyi setiap 1,000 tahun.
Malah siap dibina 5 bilik di gunung tersebut, hanya untuk raikan ulang tahun jam tersebut iaitu bagi setiap ulang tahun pertama, ke-10, ke-100, ke-1,000 dan ke-10,000.
Sumber : iluminasi
Baca : Catat 4 rekod dunia baru!; Penerbangan Komersial Pertama Ke Angkasa Lepas Berjaya!

