Golongan wanita mesti ada perasaan ingin memiliki kan, contohnya ada set sofa yang lawa, kabinet dapur yang baru malah sampai ke pinggan mangkuk sekalipun nak yang lawa-lawa. Kalau dah dapat macam ni mesti senyum lebar dibuatnya.
Tak kisah kalau nak ada set pinggan mangkuk yang cantik-cantik, tapi kenalah beringat bukan semua jenis pinggan mangkuk boleh guna untuk hidang makanan.
Korang pernah nampak pinggan mangkuk bercorak tak? Cantik kan? Tapi pinggan mangkuk jenis macam tak sesuai digunakan untuk hidang makanan.

Menurut perkongsian di Facebook, penggunaaan pinggan mangkuk sangat berbahaya untuk wanita dan bayi. Hal ini demikian kerana ianya mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.

Bahaya ini dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang. Kesannya tidak lah dapat dilihat secara langsung.
Plumbum yang terlekat di pinggan akan cepat terhakis sekiranya terkena suhu panas. Nak letak lauk mestilah time panas-panas kan.

Kalau guna pinggan mangkuk ni dengan kerap memang akan bagi effect pada kesihatan.
Sebaiknya pinggan mangkuk jenis bercorak ni hanya sesuai untuk koleksi hiasan sahaja.
Kalau corak tu ada kat luar pinggan mungkin boleh consider kot, tapi kalau dah terletak kat dalam better jangan guna untuk hidang makanan.
Lepas ni, kalau ada pinggan mangkuk macam ni kat dapur jadikan hiasan je. Demi kesihatan keluarga kan.

