Samsung Malaysia baru-baru ini mengumumkan ketersediaan antara muka (UI) terbaharu iaitu One UI 6 dan ia merupakan kemaskini terbesar dan tersedia untuk pelbagai peranti telefon pintar keluaran syarikat berkenaan bermula dengan siri Samsung Galaxy S23.
Dibina berdasarkan sistem operasi Android 14, Samsung One UI 6 menampilkan pelbagai penambahbaikan untuk aplikasi-aplikasi Samsung, penampilan yang lebih mesra pengguna dan membenarkan pengguna untuk mengubah suai UI mengikut kegemaran dan personaliti kegemaran mereka.

Antara ciri yang paling ketara adalah kebolehan customization seperti pada ‘Quick Panel’, ‘Home’ dan banyak lagi. Ini membolehkan pengguna sesuaikan dengan mood atau apa yang mereka gemari sebagai contoh, susunan butang baharu yang mana Wi-Fi dan Bluetooth mempunyai tempat sendiri di bahagian atas.
Kalau nak disenaraikan agak banyak kemaskini, tapi yang jadi bualan ramai antaranya :
Widget kamera yang lebih tersusun
Fungsi widget terbaharu pada One UI 6 adalah mod permulaan kamera boleh ditetapkan dan lokasi penyimpanan selepas gambar ditangkap pun boleh ditetapkan.
Editing Visual dengan AI
Fungsi AI Edit pula boleh menyunting gambar dan video dengan lebih details menggunakan fungsi AI Editing Suggestion.
Semua fungsi penyuntingan ini ada pada Gallery dan pengguna boleh menyunting gambar atau video yang sedang dibuka menggunakan ciri-ciri yang disarankan oleh AI. Sebagai contoh, photo remaster untuk meningkatkan kualiti gambar, object eraser untuk memadam objek dari gambar dan sebagainya.
Video Editing taraf ‘Pro’
Salah satu fungsi yang paling best adalah fungsi penyuntingan video berasaskan projek yang mempunyai pelbagai ciri sokongan yang berguna. Korang boleh akses fungsi ini dengan membuka aplikasi Gallery dan mengaktifkan dari situ.

Dengan Samsung Studio, pengguna boleh membuat beberapa lapisan secara serentak (multi-layers) dan boleh mengubah lokasi serta seksyen untuk elemen dalam video.
Privasi & Keselamatan yang dipertingkatkan
![]()
Dari segi privasi dan keselamatan, One UI 6 menyediakan Auto Blocker yang akan menyekat aplikasi dari sumber yang tidak diketahui dan juga ia akan menyemak peranti sekiranya ada aplikasi yang meragukan.
Selain itu, fungsi tersebut akan menyekat sebarang aplikasi yang ingin dimuat turun melalui kabel USB dan juga dilengkapi dengan Knox Matrix yang menyokong end-to-end encryption untuk synced data dan juga cloud backup.
Secara tidak langsung, pengguna yang kurang berpengetahuan terhadap privasi dan keselamatan terutamanya mereka yang berusia atau kanak-kanak.
Samsung Wallet yang dipertingkatkan

Kemaskini terbaharu ini membolehkan pengguna untuk menguruskan aplikasi penting yang sering digunakan setiap hari seperti kad kredit, kad pengenalan, tiket acara, boarding pass, kupon dan sebagainya di satu tempat.
One UI 6 juga akan sync antara kelendar dan aplikasi wallet untuk menghantar notifikasi tarikh tamat tempoh promosi atau jadual tiket seperti pelepasan mahupun ketibaan.
Dalam masa yang sama, ciri penggunaan berdasarkan perkongsian seperti kod bar tiket atau kod QR dengan pengguna lain juga turut dipertingkatkan.
Kalau ikutkan, ada banyak lagi kemaskini yang ditawarkan melalui antara muka baharu One UI 6 ni, korang boleh tengok di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang ciri-ciri yang ditawarkan.
p/s : Terus min rasa nak guna Samsung pulak sekarang ni!
