in

“Lebih kaya dari King Charles” – Ini 5 Fakta Menarik Tentang PM Baharu UK, Rishi Sunak

Rishi Sunak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas kita dapat saksikan banyak perkara yang berlaku di United Kingdom (UK), bulan lepas mereka telah berkabung selama 10 hari selepas kematian Ratu Elizabeth II dan beberapa hari sebelum itu merupakan perlantikan Perdana Menteri (PM) negara tersebut iaitu Liz Truss.

Pun begitu, dalam masa 44 hari memegang jawatan tersebut Liz Truss telah meletak jawatan ketika UK sedang berhadapan dengan krisis ekonomi.


nb

Persona yang akan menggantikan tempatnya ialah Rishi Sunak yang telah mendapat sokongan ahli parlimen negara tersebut, pelantikan beliau yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam bidang ekonomi dan kewangan diharapkan dapat mengubah landskap ekonomi serta politik UK.

Kemenangan Rishi Sunak disahkan pada Isnin lepas, selepas pesaing tunggalnya, Penny Mordaunt menarik diri daripada pertandingan itu. Berikut adalah 5 fakta tentang Rishi Sunak yang anda boleh check out; 

#1 PM pertama yang berdarah India & beragama hindu

Rishi Sunak dilahirkan di Southampton pada tahun 1980 dalam keluarga keturunan Punjabi-India. Ibu bapanya berhijrah ke United Kingdom pada 1960-an, di mana bapanya merupakan seorang doktor dan ibunya pula mengusahakan farmasi.

2022 8largeimg 1841335706

Ia menjadikan beliau Perdana Menteri pertama daripada etnik minoriti dan penganut Hindu pertama.

#2 PM yang termuda selepas 200 tahun 

Rishi Sunak yang merupakan Ahli Parlimen Richmond itu bakal menjadi PM termuda iaitu pada umur 42 tahun, sehingga 1783, hanya ada seorang perdana menteri yang lebih muda daripadanya iaitu William Pitt the Younger yang berusia 24 tahun ketika dia menjawat jawatan itu.

Malah, David Cameron dan Tony Blair sebelum ini berusia 43 tahun ketika memegang jawatan tersebut.

#3 Mempunyai kelulusan daripada Universiti Oxford dan Universiti Stanford

Selepas belajar di Kolej Winchester, sebuah sekolah awam yang paling berprestij di dunia, Sunak meneruskan pengajiannya dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi di Kolej Lincoln, Oxford.

oxford

Setelah menamatkan pengajiannya, beliau telah dipilih sebagai Sarjana Fulbright di Universiti Stanford di Amerika Syarikat. Ini menandakan beliau pelajar yang sangat meyakinkan dan dia meninggalkan institusi itu dengan ijazah MBA.

#4 Antara pengasas firma pelaburan perbankan 

Sebelum terlibat dalam politik, Sunak bekerja sebagai penganalisa untuk firma perbankan pelaburan Goldman Sachs antara tahun 2001 dan 2004.

Ini memulakan kerjayanya dalam bidang kewangan yang diceburinya selama lebih dari satu dekad dan pada tahun 2009 beliau mengasaskan firma dana lindung nilai (hedge fund) iaitu Theleme Partners.

#5 Dikenali sebagai ahli politik terkaya

Sunak bertemu dengan isterinya Akshata Murty semasa belajar di Universiti Stanford dan dia adalah anak perempuan NR Narayana Murthy yang merupakan lelaki keenam terkaya di India.

Isterinya itu juga seorang pereka fesyen terkenal, kedua-dua mereka itu dikatakan memegang aset dengan nilai bersih £730 juta (RM 39 bilion), menjadikan mereka antara orang terkaya di UK, malah Sunak juga menerima gelaran ‘ahli parlimen terkaya’.

methode times prod web bin 7b31be1a 4eae 11ea b112 75acb94b3417

Bagaimanapun, pasangan itu berdepan dengan kritikan pada April 2022 apabila terdapat berita yang mengatakan Akshata menggunakan kewarganegaraan Indianya untuk mengelak daripada membayar cukai di UK.

Bukan calang-calang ni! 

Sumber: History, Hindustan Times, TikTok

Baca: Polis UK Bakal Guna Tuk-Tuk Untuk Cegah Jenayah Setempat

2Tt

Sumber: Britannica
Sumber: The Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.