in

“Lelaki mesti boleh relate” – 5 Perkara Yang ‘Biasa’ Dikaitkan Dengan Lelaki

Perangai Lelaki Yang Korang Boleh Relate 1

Sebut sahaja tentang lelaki, pastinya kita boleh bahaskan 1001 perkara tentang mereka ini. Baik dari segi hobi, perangai, minat dan sebagainya. Tapi, suka min nak ingatkan, tujuan penulisan ni bukan nak ‘menghentam’ tau! 

Selain itu, suka jugak nak ditekankan bahawa bukan semua lelaki macam yang min bakal ceritakan ni. Cuma, boleh dikatakan sebahagian besar mungkin pernah buat atau setidaknya ada dalam kalangan member lelaki korang yang berperangai sebegini.

Kalau korang tak percaya, korang tengoklah perkara-perkara yang min nak senaraikan ini, dan korang cuba ingat balik. Ada tak dalam kalangan kawan lelaki ataupun korang sendiri yang macam yang min senaraikan ini.

pexels afta putta gunawan 1036804

Suka pakai satu baju je

Belilah berapa banyak pun, berjenama atau tidak, lelaki ni ada satu perangai yang lebih kurang sama dan boleh dikatakan ramai yang suka buat iaitu mengulang pakai satu baju sahaja.

Contoh, baju tu dah dipakai pagi, akan dipakai sampai malam. Itu kalau tak kotor atau diorang tak melakukan perkara yang membuatkan diorang berpeluh. Kadang-kadang, kalau baju tu adalah baju yang dipakai untuk tidur, boleh dipakai 3 ke 4 hari! 

Lebih selesa ber-‘boxer’ dekat rumah

Cuba korang ingat balik zaman-zaman duduk rumah bujang atau dekat hostel dulu. Setidaknya mesti ada seorang kawan yang tak kira masa, dia selesa dan selamber je ber’boxer’ dalam bilik atau rumah korang tu.

Biasanya,  ‘seluar dalam’ jenis itu mempunyai kain yang lembut dan selesa untuk dipakai tak kira masa. Kalau yang jenis pemalu sikit, dia akan berkain pelekat, tetapi tak berbaju. Hehe~

Ada satu kasut ‘lenjan’

pexels kei scampa 5789689

Sama macam wanita, lelaki juga ada yang suka membeli banyak kasut. Cuma, banyak kasut tu sebab nak digunakan untuk tujuan lain-lain. Contoh, satu kasut untuk main bola, satu kasut untuk keluar jalan-jalan, satu kasut kerja.

Tapi, percaya atau tak, lelaki ni mesti ada satu kasut yang sering dibuat ‘lenjan’? Kalau tak percaya, korang cuba tanya kawan lelaki korang dan kalau korang lelaki pun, korang akan setuju dengan min.

Asal boleh

Ha, ini min yakin ramai lelaki yang macam ini. Sikap atau jenis yang ‘asal boleh’. Bukan apa, kekadang kalau diperhatikan, lelaki ni diorang tak suka nak rumitkan keadaan.

its your choice lucifer morningstar

Contoh asal boleh ni, korang boleh tengok bila tanya pendapat diorang pasal warna mana lagi cantik, diorang mesti jawab, dua dua okay. Tak pun, bila tanya nak makan dekat mana, jawapannya mesti ‘ikut je’ atau ‘tak kisah’.

Betul tak?

Itulah sabun, itulah syampu

Ini pun sejenis lelaki yang memang boleh dikatakan ‘tipikal’. Berkait dengan ‘asal boleh’ tadi. Mesti ada antara kawan lelaki atau korang sendiri yang pernah gunakan sabun sebagai syampu ataupun syampu sebagai sabun.

Tapi sebenarnya tak elok buat macam tu, sebab setiap produk ni ada bahan-bahan yang mungkin terlalu ‘kasar’ untuk kulit muka dan ada juga yang dah dilengkapi dengan bahan khas untuk merawat masalah kulit kepala atau memberikan kelembapan pada badan macam produk CLEAR Men.

Kalau korang memang cari produk yang ada pelbagai guna, korang boleh try Syampu dan Pencuci Badan CLEAR Men 3 in 1 yang baru ni. 

Clear MEN

Apa yang menarik, formulasi 3 dalam 1 CLEAR Men ini dapat memberikan 3x ganda kuasa pembersihan dan memberikan penjagaan secara menyeluruh dari hujung kepala hingga kaki.

Produk CLEAR Men 3 in 1 Shampoo & Bodywash ini didatangkan dengan dua variasi untuk pasaran Malaysia iaitu

CLEAR Men 3 in 1 Active Cool (tersedia dalam 333ml &618ml)

  • Diformulasikan dengan penghidratan natrium hyaluronat serta diselitkan dengan menthol yang menyegarkan untuk sensasi penyejukan yang kuat.
  • 100% dibuat untuk lelaki bagi cucian yang mudah untuk rambut, kulit kepala, dan badan.
  • Harga : RM 19.90 (333ml) & RM 31.90 (618ml)

CLEAR Men 3 in 1 Active Clean (tersedia dalam 618ml)

  • Dirumus dengan penghidratan natrium hyaluronat  dan diselitkan dengan arang yang diaktifkan untuk pembersihan yang lebih mendalam.
  • 100% dibuat untuk lelaki bagi cucian yang mudah untuk rambut, kulit kepala, dan badan. 
  • Harga : RM 31.90

Kalau sebelum ni, CLEAR Men hanya keluarkan syampu khas untuk lelaki, kali ni dah ada produk 3 dalam 1 pulak, kalau korang nak dapatkan lebih penjimatan, korang boleh cuba tengok promosi di Watson’s ini.

Sumber: Pexels
Sumber: CLEAR