Dalam industri muzik pop Korea Selatan atau K-Pop, photocard merupakan salah satu barangan selebriti yang sering dibeli oleh peminat untuk dijadikan koleksi. Buat yang tidak tahu, kad bergambar ini biasanya diletakkan dalam album CD atau diberikan ketika sesi meet and greet.
Ada juga peminat yang membuat sendiri photocard tersebut untuk koleksi sendiri, trend ini dilihat sudah mula diikuti oleh peminat-peminat muzik tempatan dan Aziz Harun antara penyanyi yang sudah mempunyai photocard sendiri.
Artikel berkaitan: Berduet Dengan Penyanyi Asal Lagu ‘Lemak Manis’, Gelagat Adik Arfa Curi Tumpuan Netizen
Artikel berkaitan: Bawa Gambar ‘Idol’ K-Pop Depan Kaabah, Individu Teruk Dihentam Netizen
Namun, ianya bukanlah merchandise rasmi penyanyi itu sebaliknya peminat pelantun lagu Beautiful itu yang mencetak gambar pasportnya dalam kuantiti yang banyak.
“Korang buat hal lah!”
Menerusi TikTok rasmi penyanyi kelahiran Brunei itu, dia dilihat memuat naik beberapa ciapan gadis-gadis dari aplikasi X yang meletakkan gambar pasportnya itu dalam beg dompet mereka, ada juga yang meletakkan gambarnya itu di dalam tag lanyard mereka.
Dengan nada berseloroh, Aziz berkongsi dia terhibur dengan ciapan-ciapan tersebut dan bersyukur ibunya tidak mempunyai aplikasi tersebut.
Aduhai, comel je peminat Aziz Harun ni!
Sumber: TikTok
