in

Kolaborasi ProDiet x Bichi Mao Terima Pujian Netizen, Cara Berkesan Ajar Budak Sayangkan Kucing

ft new prodiet

Memilih haiwan peliharaan pertama buat anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh ibu bapa. Dalam masa yang sama, haiwan peliharaan ini akan menjadi kesayangan dan juga peneman pada anak-anak.

Kalau buat pencarian di internet, ada beberapa jenis haiwan kesayangan yang dicadangkan kepada kanak-kanak sesuai dengan umur, minat dan keupayaan mereka untuk menjaga haiwan tersebut sebaik-baiknya.

Salah satu haiwan yang tersenarai sebagai ‘mesra kanak-kanak’ ialah kucing, terutamanya sekiranya kucing itu dibela dari kecil dan membesar bersama kanak-kanak tersebut. Selain itu, kucing merupakan haiwan yang mana kos penjagaannya tidak terlalu besar, mudah berdikari dan tidak memerlukan perhatian manusia berbanding anjing.

399044763 356651013410566 806785822600635573 n

Baru-baru ini, jenama makanan kucing antarabangsa terkemuka, ProDiet mendapat pujian ramai selepas mengadakan kolaborasi dengan pelukis komik terkemuka, Olive Yong yang juga merupakan pencipta laman komik popular di Instagram iaitu Bichi Mao.

Apa yang menarik, 6 episod webtoon tersebut memberikan pelbagai tip penjagaan kucing yang betul yang ditujukan kepada kanak-kanak, pemilik kucing baharu, bakal pemilik kucing mahupun generasi muda yang aktif di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bichi Mao (@bichi.mao)

Sebagai contoh, episod pertama ‘My New Friend’ menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak menerima seekor kucing yang diberi nama Mimi dan cara pemakanan yang sebetulnya patut diberikan kepada kucing tersebut sesuai dengan peringkat umurnya.

Episod kedua dan ketiga pula mengajar anak-anak supaya tidak memberi makanan yang sembarangan kepada kucing terutamanya makanan manusia dan bagaimana perubahan persekitaran atau sebarang perubahan boleh mempengaruhi tingkah laku kucing dan ada kalanya ia menyebabkan haiwan tersebut sakit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bichi Mao (@bichi.mao)

Seperti manusia juga, kucing memerlukan diet yang seimbang yang akan membekalkan nutrien yang sepatutnya sesuai dengan perkembangan kucing. Kalau korang pemilik kucing, pastinya korang tahu yang ada dua jenis makanan kucing di pasaran iaitu makanan kering atau dipanggil kibble dan makanan basah yang boleh didapatkan dalam bentuk tin ataupun paket.

Walaupun isinya ikan, ia adalah berlainan dengan ikan segar di pasar kerana makanan kucing ini ada nutrien tambahan yang diperlukan oleh kucing dan ia secara tak langsung memastikan haiwan kesayangan kita menerima nutrien yang secukupnya untuk membesar dengan sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bichi Mao (@bichi.mao)

Menerusi komik tersebut, ada juga disebutkan tentang kelebihan mencampurkan makanan kering dan basah. Salah satunya ialah, makanan kering akan membantu mengurangkan plak pada gigi selain memberikan sokongan pada kesihatan mulut kucing. Sementara itu, makanan basah pula boleh memastikan kucing kesayangan kita boleh memberikan hidrasi yang optimum.

Selain cara penjagaan kucing yang betul, salah satu episod iaitu ‘My BFF’ juga menekankan orang ramai supaya melakukan adopsi menerusi rumah-rumah perlindungan haiwan seperti SPCA dan selain dapat membawa pulang haiwan kesayangan, setiap adopsi daripada rumah perlindungan yang mengadakan kerjasama dengan ProDiet bakal menerima kit adopsi yang berupa makanan dan sebagainya.

Giveaway 100 Set Edisi Khas ProDiet x Bichi Mao

PD BichiMao SM Week1 1 horz

Selain 6 episod webtoon tersebut, ProDiet dan juga Bichi Mao ada mengeluarkan Set Edisi Khas yang berupa mangkuk makanan dan juga mug dan korang berpeluang untuk menangi set tersebut sepanjang Disember ini dan sertai giveaway yang dijalankan setiap minggu di laman rasmi Facebook dan Instagram ProDiet.

Tidak terhenti di situ, ProDiet dengan kerjasama pelbagai rumah perlindungan haiwan juga akan melawat beberapa buah sekolah untuk memberi kesedaran kepada anak-anak tentang cara yang betul untuk menjaga dan juga berhadapan dengan kucing, tidak kiralah ianya kucing kesayangan mahupun kucing jalanan secara am.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman media sosial rasmi ProDiet di Facebook dan juga Instagram. Kalau nak tengok komik penuh Bichi Mao yang min ceritakan tadi, boleh tengok di sini.

Sumber: ProDiet
Sumber: ProDiet