in

Kita Bakal Sambut Ramadan Dua Kali Pada Tahun 2030 Nanti, Ini Sebabnya…

collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk pengetahuan korang, umat Islam bakal menyambut Ramadan sebanyak dua kali pada tahun 2030 nanti.

Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada tahun 1997 yang lalu. Ini bermakna, pada tahun 2030 nanti, kita akan berpuasa dua kali, pertama pada bulan Januari dan sekali lagi pada penghujung Disember, lapor The National News.


Menurut Ketua Eksekutif Astronomi Dubai Dr Hasan Al Hariri mengatakan bahawa perkara ini berlaku kerana kalendar Hijrah adalah berdasarkan kitaran bulan dan ia mengambil masa selama 33 tahun untuk melengkapkan kitaran penuh.

file 20170518 12260

Kalendar mengikut kitaran bulan adalah 11 hari lebih pendek dari kalendar matahari. Jadi, kalau kalendar biasa setahun ada 365 hari, kalendar bulan setahun adalah 354 hari.

Disebabkan ini, setiap tahun, Ramadan akan berundur 10 atau 11 hari. Kerana ini, akan ada setahun mengikut kalendar matahari di mana umat Islam dapat menyambut Ramadan sebanyak dua kali.”

Bagaimanapun, kalau mengikut perspektif kalendar bulan, Ramadan tetap disambut sekali setahun.

Dijangkakan, bulan Ramadan pertama pada 2030, kata beliau, akan disambut sekitar 5 Januari iaitu pada 1451 Hijrah sementara sambutan bulan puasa kedua bagi tahun 1452 Hijrah pula dijangka jatuh pada 26 Disember 2030.

Kalau korang nak tahu, perubahan ini akan berlaku setiap 30 tahun. Ini bermakna, selepas 2030, Ramadan yang disambut dua kali setahun ini akan berlaku lagi pada tahun 2063.

Korang ingat ke tahun 1997 lepas kita celebrate Ramadan dua kali?

 

Baca: Ramadan Kareem! Ini 5 Negara Dengan Tempoh Berpuasa Paling Panjang Di Dunia

f1 fasting stry

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.