in

“Kesian Nana” – Peminat Minta ‘Organizer’ Jelaskan Kenapa Siti Nordiana ‘Perform’ Satu Lagu Sahaja

Siti Nordiana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di tahun baru ini, banyak negeri di Malaysia mengadakan pelbagai jenis sambutan bagi memeriahkan kedatangan tahun 2024.

Antara yang paling menarik perhatian ialah sambutan ambang tahun baru dan Tahun Melawat Melaka 2024 yang diadakan di Dataran Pengkalan Rama, Melaka.


Acara itu dimeriahkan dengan konsert yang dipersembahkan oleh nama-nama besar seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Zamani dan Ziana Zain.

Artikel berkaitan: Bermaafan Atas Dasar Persahabatan, Siti Nordiana Tak Jadi Saman 5 Rakan RM2.5 Juta

Artikel berkaitan: Hetty Koes Endang ‘Claim’ Nyanyian Nana Lagi Sedap Dari Alyah, Tapi Netizen Tak Setuju Sebab...

Turut dalam persembahan itu ialah artis terkenal Siti Nordiana, namun terdapat berita yang membuatkan peminat pelantun lagu Hatiku Milikmu itu berang.

1

Difahamkan, Siti Nordiana sepatutnya menyanyikan lagu Bakawali untuk persembahan pada malam itu namun dia dilihat hanya sempat menyanyikan satu lagu sahaja iaitu lagu Tun Fatimah.

Ada sumber yang mengatakan, persembahan Siti Nordiana ‘dipotong’ kerana acara tersebut telah pun over run dan disebabkan itu dia hanya sempat mempersembahkan satu lagu sahaja.

2

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis pihak Siti Nordiana atau mesra disapa Nana itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu tersebut.

Harap lepas ni takde lagi lah perkara macam ni berlaku…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.