in

Kedai Di Barcelona Kenakan Caj RM25 Untuk Pelancong Yang Masuk Tapi Tak Beli Apa-apa

f3 masuk kedai tapi tengok tengok je

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi lumrah kita sebagai pengunjung untuk melihat-lihat terlebih dahulu barang yang dijual di sesebuah kedai sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk kan.

Namun, sebuah kedai di Barcelona, Sepanyol telah bertindak lain daripada yang lain dengan mengenakan bayaran sebanyak lima Euro (kira-kira RM25) kepada pelancong yang masuk ke dalam kedai namun tidak membeli apa-apa barangan.


Memetik laporan Time Out, kedai Queviures Múrria yang menjual pelbagai makanan Sepanyol seperti sosej, keju, minyak dan wain telah menampal papan tanda yang tertulis bayaran lima Euro dikenakan kepada pengunjung yang hanya masuk ke dalam kedai untuk melihat barang tanpa membelinya pada tingkap kaca kedai.

9 3

Difahamkan, memang ramai pelancong yang masuk ke kedai tersebut hanya untuk bergambar kerana rekaan dalamannya sangat menarik jika dijadikan latar belakang dalam gambar.

Namun, selepas tangkap gambar mereka semua akan keluar tanpa membeli apa-apa dan tindakan mereka itu telah menyebabkan pekerja kedai dan pengunjung lain yang memang masuk untuk membeli barang berasa tidak selesa.

Pada mulanya, staf kedai hanya mencadangkan perkara tersebut sebagai gurauan namun amaran bayaran itu nampaknya berjaya mengurangkan jumlah pengunjung yang hanya masuk untuk bergambar.

10 2

Walau bagaimanapun, setakat ini, masih belum ada pengunjung yang dikenakan bayaran tersebut.

Namun, difahamkan lagi, jika ada pengunjung yang tetap mahu masuk melihat barang-barang yang dijual, mereka boleh berbuat demikian dengan syarat mereka harus menyapa dan meminta kebenaran daripada staf kedai dengan sopan.

Betul jugak tindakan kedai ni kan, kalau dah semua orang masuk tapi tak beli apa-apa, boleh botak kepala owner. 

Sumber: Time Out

Baca: Pesan Makanan Kemudian ‘Cancel Order’, Netizen Puas Hati Lihat Wanita Kena Sekolah Dengan Abang ‘Rider’

rider marah customer cancel order

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.