Min yakin ada sesetengah orang yang cukup pemalu bila kena pesan makanan atau minuman di kafe atau restoran seorang diri, lebih-lebih lagi kat Starbucks sebab kita tak tahu macam mana nak order.
Jangan risau, ada sebuah kafe dengan konsep yang cukup sesuai untuk anda semua yang pemalu.
Menurut Vice, kafe yang diberi nama Kuma No Te atau Bear Paw Cafe itu tidak mempunyai kaunter untuk buat pesanan, sebaliknya ada sebuah lubang di mana saiznya lagi kecil dari tingkap kapal terbang.
https://www.instagram.com/p/CX96QhsBA5-/?utm_medium=copy_link
Rupa-rupanya, staf kafe tersebut merupakan mereka yang menghidap masalah kesihatan mental di mana susah untuk mereka bekerja berhadapan dengan orang ramai.
Jadi, pengasas kafe itu iaitu Yuichiro Hiramura menubuhkan perniagaan ini dengan harapan dia dapat membantu golongan terbabit untuk bekerja.
https://www.instagram.com/p/CYXmImNv5Yu/?utm_medium=copy_link
Ia bukan sahaja sesuai untuk pekerja kafe, malah ia juga bagus untuk pelanggan yang bersifat pemalu. Win-win situation la kan.
@leanneinjapan A cafe in Japan run by fluffy bears ☕️? but the purpose is much more than that! #japantiktok #japan #japancafe
Setiap menu minuman yang dipesan dan telah siap disediakan akan diberikan kepada pelanggan menerusi lubang berkenaan dan staf pula akan pakai sarung tangan beruang yang sangat gebu untuk kurangkan sentuhan dari kulit ke kulit.
Namun, sayangnya kafe ini terletak di Osaka, Jepun. Tapi, jangan risau, kalau tak silap min, kafe dengan konsep yang seakan sama macam ni pun ada tau dekat Malaysia ni. Boleh check out video TikTok ni pulak.
@jamboostory Tag your friends and visit this super cute alley! #fyp #jambooalley #jambookl #viralhole #viralvideo #viralcafe #matcha #coffeetiktok
Menarik konsep macam ni. Kalau salah sebut nama air pun takde la malu sangat kan.
Sumber: Vice, Soranews24
Baca: Green Lab: Kafe Khas di Korea Untuk Pengunjung Yang Mahu Mengelamun Tanpa Gangguan

