Kalau ada bajet lebih, apa salahnya berhabiskan wang untuk upah arkitek untuk reka rumah idaman kita. Hasil akhirnya nanti sudah tentu akan buatkan kita puas hati.
Seperti yang dilakukan oleh seorang pemilik kediaman di London, United Kingdom ini apabila bahagian luar rumahnya persis halimunan! Menurut laman web MyLondon, rumah terbabit telah menarik perhatian pengguna internet terutamanya di Reddit kerana luarannya yang dihiasi cermin gergasi.

Seorang netizen yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama dengan rumah halimunan itu berkongsi bahawa dia telah duduk di kawasan tersebut lebih kurang 10 tahun dan selalu melalui jalan depan rumah itu namun tidak pernah perasan kewujudannya.
Ini kerana jika tidak diperhatikan betul-betul, pejalan kaki hanya akan refleksi kawasan sekitar pada cermin itu.
Setelah ditemu ramah oleh wartawan MyLondon, pemilik rumah yang tidak ingin diketahui identitinya itu telah mengesahkan bahawa dia dan keluarganya memang tinggal di kediaman bercermin itu sepenuh masa.

Difahamkan, kediaman unik berkenaan telah direka semula oleh artis dan arkitek iaitu Alex Haw pada 2015. Ini kerana sebelum itu, rumah itu merupakan sebuah coach house iaitu tempat yang digunakan untuk menyimpan pedati.
Menurutnya lagi, Alex Haw yang memberi idea untuk buat rumah cermin tersebut kerana anda boleh melihat pokok-pokok di kawasan bulatan jalan. Malah, sesiapa yang lalu depan rumah itu juga boleh melihat pantulan awan.
Walaupun bahagian luar rumah ini sesuai dijadikan spot untuk OOTD atau mirror selfie, namun anda dinasihatkan untuk berbuat demikian sebab pemilik rumah boleh melihat kawasan luar dengan jelas.
Ada juga netizen yang ingin tahu berapa lah agaknya masa yang diambil oleh tuan rumah untuk bersihkan cermin daripada sebarang kekotoran. Mungkin jugak dia ada upah orang lain untuk bersihkan.
Kita ni nak lap cermin meja solek pun kadang-kadang malas.
Sumber: MyLondon
Baca: Bakal Dijual RM700 Juta, Ini Signifikan Di Sebalik Bentuk Unik Binaan Menara TM

