in

“Jangan sampai fitnah” – Khai Bahar Terkilan Individu Tak Dikenali Tuduh Bukan-Bukan

ft khai bahar terkilan difitnah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, penyanyi Khai Bahar baru sahaja kehilangan ibunda tercinta, Rosnah Mohamad, yang dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 11.00 malam Selasa ketika dalam tidur.

Pun begitu, penyanyi yang masih bersedih dengan pemergian arwah ibunya itu mengakui terkilan apabila dia dituduh bergaul dengan geng ‘g** b**’ ketika di Pulau Langkawi.


Perkara itu dikongsikan Khai menerusi beberapa hantaran di Instagramnya. Menurutnya, dia ke Langkawi bersama rakan-rakan karibnya yang sudah dia kenali sejak bertahun lamanya.

Screenshot 2024 01 05 165012

Tambahnya lagi, mereka bukan sahaja ke sana untuk menyambut tahun baru tetapi juga menyambut hari lahir dan perkara tersebut sudah dirancang.

Jelas Khai Bahar lagi, mereka semua merupakan kawan-kawan sekampung dan menyelar individu tersebut.

“Kalau tak boleh bagi aku happy, jangan bagi aku sedih dengan apa yang jadi semua ni”

Menurut hantaran tersebut, individu berkenaan seolah-olah menyalahkan Khai di atas apa yang berlaku.

Screenshot 2024 01 05 165022

Khai Bahar juga akui dia bukannya seorang yang baik, namun biarlah kawan-kawannya begitu sekalipun kerana dia sudah lama mengenali mereka dan tambahnya lagi, kita juga tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita.

Dalam masa yang sama, beliau memegang pesanan arwah ibunya yang meminta dia berfikir sebelum buat sesuatu, jangan menyimpan dendam serta jaga solat.

Pun begitu, Khai dalam masa yang sama turut memohon maaf sekiranya terdapat salah silap kepada sesiapa dalam hantaran di Intastorynya itu. Tambahnya lagi, sekalipun ada individu yang tidak menyukainya, janganlah melibatkan kawan-kawannya kerana itu sahajalah kawannya yang ada di Kuala Lumpur.

Screenshot 2024 01 05 165038

Selain itu, Khai Bahar juga ada mengatakan ramai meminta dia untuk mengabaikan perkara tersebut namun dia agak sedih apabila arwah ibunya dikaitkan sekali.

Sumber : Instagram

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.