Untuk anda yang bergantung kepada penggunaan Google Maps, GPS atau Waze ketika pemanduan untuk memudahkan perjalanan sampai ke destinasi, mesti korang tertanya-tanya siapakah di sebalik suara yang sering kita dengar tu kan?
Ha, menurut DRG News, empunya badan di sebalik suara GPS ialah wanita Australia iaitu Karen Jacobsen.

Wanita yang berasal daripada Queensland, Australia ini merupakan voiceover artist yang telah menjadi suara asal GPS.
Sehingga kini, dia telah membantu berbilion pengguna untuk sampai ke destinasi dengan selamat.
Pada mulanya, Karen berpindah dari Australia ke New York, Amerika Syarikat untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi penyanyi.
Tak berapa lama selepas dia mula tinggal di negara itu, dia telah menyertai uji bakat suara yang mencari wanita yang merupakan penutur asli bahasa Inggeris Australia.

Selepas terpilih dalam uji bakat itu, bermula lah kerjayanya sebagai voiceover artist untuk GPS.
Difahamkan, penutur suara bahasa Inggeris Australia dipilih kerana aksen Australia dianggap sebagai yang paling senang untuk didengari.
Namun, menurutnya, bukan mudah untuk menjadi voiceover artist untuk GPS kerana skrip yang perlu dibaca dan dirakam di dalam studio sangat lah tebal.
Paling cool, dia telah merakam 168 versi untuk perkataan ‘approximately’!
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh tonton video yang dihasilkan oleh saluran YouTube Great Big Story ini.
Difahamkan, Karen juga pernah meminjamkan suaranya untuk Siri (Voice of Siri (virtual assistant untuk peranti Apple) dalam aksen Australia.
Sumber: YouTube Great Big Story
Baca: Ramai Kongsi Pengalaman Waze Kena ‘Hack’ Dengan Hantu, Bawa Jalan Ke Kubur

