in

“Ini bukan pertandingan” – Fizi Ali Setuju Beri Hak Hadanah Interim Kepada Shakilla

fizi ali hak hadanah interim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa syukur apabila dia telah mendapat hak penjagaan sementara atau hadanah interim anak perempuannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Sementara itu, bekas suaminya, Fizi Ali menegaskan tidak timbul isu merebut hak jagaan anak dan kedua-dua pihak dari awal sudah bersetuju dalam hal ini.


Kenyataan itu dikeluarkan untuk menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia kalah dalam kes hadanah di mahkamah selepas Shakilla mendapat hak penjagaan sementara.

Artikel berkaitan: Lepas 3 Bulan, Fizi Ali Sebak Akhirnya Dapat Jumpa Anak Selama 4 Hari

Artikel berkaitan: Bergegas Tinggalkan Mahkamah, Fizi Ali Perli Shakilla Khoriri Datang Dengan Siapa?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

“Ada yang dm siap gelak padan muka kalah. Pelik betul. Ini bukan pertandingan siapa menang ke kalah. Okay untuk betulkan yang mungkin tersalah. Hadanah interim ni adalah hak jagaan sebelum ke hadanah kekal (induk).

“Jadi kira hadanah interim dah settle atas persetujuan baik dua belah pihak dan atas budi bicara peguam masing-masing. Alhamdulillah. Terima kasih kerana untuk Ameena kita perbetulkan dan perbaiki mana yang perlu.”

Jelas penyampai radio itu, dia hanya mahukan anaknya Ameena Sofia mendapat kasih sayang sebaiknya meskipun sudah berpisah dengan Shakilla.

“Sekali lagi saya nak tekankan, saya bukan merebut hak jagaan. Cuma hak melawat, bermalam dan hak untuk Ameena mendapat kasih sayang sama rata

“Orang yang cakap kalah, mereka tak faham. Tiada keperluan untuk saya fahamkan,” katanya.

Untuk rekod, Fizi Ali dan Shakilla berkahwin pada 18 Januari 2018 namun mereka berpisah pada Disember 2021.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.