Sejak kebelakangan ini, ramai antara kita yang terkesan dengan harga barang yang makin meningkat hingga ada yang terpaksa catu makanan.
Nampaknya harga barang yang makin mahal ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah negara lain juga terkesan. Haiwan pun ada yang terkesan sama tau!
Seperti yang berlaku di Aquarium Hakone-en, Kanagawa, Jepun apabila haiwan-haiwan di situ dilihat tidak berselera dan menolak makanan yang murah.

Memetik laporan Mothership.sg, penjaga zoo berkenaan baru sahaja menukar diet penguin dan memerang kepada makanan murah iaitu ikan-ikan murah gara-gara terkesan dengan inflasi.
Namun, haiwan-haiwan tersebut tidak mahu makan diet baru tersebut sehingga ada penguin yang memalingkan muka dan paruhnya apabila disuap ikan murah itu.

Gelagat-gelagat haiwan berkenaan telah dikongsikan di YouTube baru-baru ini dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Boleh dilihat juga yang ada memerang yang mula-mula excited apabila nampak penjaga zoo bawa baldi berisi makanannya, namun bila ikan murah itu disuapkan padanya, ia meludahkannya kembali.
Manakala yang lain pula tetap makan namun dilihat tidak begitu bersemangat dan berselera seperti selalunya.

Difahamkan, sebelum ini pihak aquarium itu memberikan ikan Japanese horse mackerel (aji) kepada haiwan-haiwan di situ.
Namun, berikutan harga ikan tersebut yang meningkat sejak tahun lepas, mereka terpaksa menukar diet haiwan kepada ikan mackerel (saba).
Walau bagaimanapun, menurut CNN, haiwan-haiwan itu sanggup makan ikan makerel murah itu jika ia dicampurkan juga dengan ikan horse mackerel.
Jadi, pihak aquarium dilaporkan masih membeli ikan horse mackerel namun dalam kuantiti yang sedikit untuk diberikan kepada haiwan mereka.
Kalau haiwan pun terkesan dengan harga barang yang makin mahal, apatah lagi kita yang manusia ni kan.
Sumber: Mothership.sg
Baca: Tertanya-tanya Kenapa Si Meow Suka Tidur Dengan Korang? Ini 5 Sebabnya..

