in

“Boleh sebabkan masalah buah pinggang teruk” – Pemuda Minta Pemilik Kucing Berhati-Hati Dengan Bunga Ini

Jangan bagi kucing pokok ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kucing sebagai lumrahnya merupakan haiwan yang mempunyai naluri dan sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Kalau perhatikan betul-betul ‘perangai’ kucing ni, mereka gemar menghidu barang-barangan yang ada di rumah, lebih-lebih lagi barangan baru.

Ini kerana naluri ingin tahu yang tinggi dan tidak hairan sekiranya kucing-kucing perliharaan korang akan tertarik kepada daun, bunyi-bunyian dan lain-lain.


Satu perkara lagi, kalau korang perasan, kucing akan mudah tertarik kepada bunga dan kepada pemilik-pemilik kucing diluar sana, pastikan korang tahu atau peka dengan tumbuh-tumbuhan yang ada disekitar atau didalam rumah korang.

pexels photo 6853517

Menerusi satu perkongsian di Instagram, seorang pemuda @Aimanariff ada berkongsikan cerita sedih berkenaan kucing kesayangannya, Benjy yang terpaksa dikerjarkan ke hospital gara-gara keracunan bunga.

Berikut adalah perkongsian Aiman :

“Bunga lili adalah beracun kepada kucing.Saya yakin ada yang sudah tahu, tapi saya nak kongsikan pengalaman saya kepada mereka-mereka yang belum tahu”

FLSG tCUUAUaWvn

Menurut gambar serta kapsyen yang diberikan, difahamkan Benjy telah keracunan bunga Lili dan menurut Aiman lagi keseluruhan bahagian pokok tersebut dari bunga, batang, daun, dan debunga dari pokok tersebut amat beracun kepada kucing.

Beliau menekankan bahawa keseluruhan pokok amat beracun kepada kucing dan perlu dipastikan agar ianya tidak berada dalam bilik, dalam rumah atau satu kawasan dengan kucing kesayangan korang.

Menurutnya, sekiranya kucing terjilat, tergigit atau debunga melekat pada bahagian badan pun sudah cukup untuk memberikan kesan yang teruk selain boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dalam tempoh yang sangat singkat.

FLSG VvVkAQSdJJ

Mengimbas kembali peristiwa yang berlaku tahun lalu, Aiman telah menerima sejambak bunga lili dan disebabkan terlampau teruja, dia terlah mengambil gambar bunga berkenaan sebelah kucing kesayangannya Benjy.

Nak dijadikan cerita, Aiman pun pada ketika itu tidak mengetahui tentang tumbuhan tersebut beracun kepada kucing, sehinggalah ditegur salah seorang rakannya melalui mesej dan ketika itu dia terus mengejarkan kucingnya ke klinik veterinar berdekatan.

Mujur kepantasan tindakannya telah menyelamatkan keadaan Benjy dari menjadi lebih parah.

https://www.instagram.com/p/CZ0bKq3PasP/?utm_medium=copy_link

Dalam masa yang sama Aiman turut kongsikan beberapa lagi jenis bunga lili yang amat berbahaya kepada kucing sebagai panduan dan menurut penulisan di FDA, bunga lili yang tergolong dari keluarga ‘true lily’ dan ‘daylily’ amat berbahaya kepada kucing dan perlu dijauhkan sama sekali.

Baca : [VIDEO] ‘Habuk’ Ganggu Pembaca Berita Ketika Siaran Langsung Buat Ramai Terhibur

cover 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.