in

Bayi Jadi Pucat, Kencing Kemerahan Lepas Ibu Guna Inai Untuk Rawat ‘Napkin Rash’

inai bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan ramai yang mencari jalan lain atau alternatif apabila berhadapan dengan sesuatu penyakit, terutama sekali apabila ia melibatkan petua atau rawatan tradisional.

Sebagai contoh, penggunaan daun semambu atau daun neem untuk mengurangkan kegatalan apabila terkena cacar air (chicken pox).


Walaupun, rawatan tradisional ini boleh menunjukkan kesan yang positif, tetapi jika salah penggunaannya ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk.

Terbaru, sebuah perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia menyatakan seorang bayi mengalami kekuningan, pucat serta air kencing kemerahan kerana ibunya menggunakan inai untuk merawat radang kulitnya (napkin rash).

inai

Dalam perkongsian tersebut, bayi itu telah dibawa ke hospital dan apabila pemeriksaan dilakukan, tahap hemoglobin (HB) jatuh kepada 6gm/dl dan terdapat kekurangan G6PD.

Sebagai info, kekurangan G6PD adalah kekurangan enzim (glukosa-6-fosfat dehidrogenase) dalam darah dan ia adalah masalah kesihatan genetik yang paling kerap diwarisi oleh lelaki dan kekurangan ini boleh menyebabkan anemia hemolitik.

Menurut posting itu, inai mempunyai bahan yang dikenali sebagai Lawson yang banyak digunakan dalam barangan kosmetik.

“Di dalam kajian, sebatian kimia ini boleh menyebabkan sel darah terurai dan pecah, penggunaan inai kebiasaanya adalah selamat. Kecuali pada mereka yang mempunyai allergik.” tulisnya. 

Public Health Malaysia juga menjelaskan, penggunaan inai biasanya adalah selamat kecuali pada mereka yang mempunyai alahan.

Jangan guna sembarangan ya, rujuk pada pakar!

Baca: “Boleh halang perkembangan bayi” –  [VIDEO] Doktor Jelaskan ‘Mitten’ Bayi Sebenarnya Bahaya Jika...

Untitled design 2022 07 05T171100.376

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.