Siapa kata tak boleh bermain sambil bekerja? Yes, sememangnya boleh dengan HUAWEI MatePad Pro! Kalau korang nak tahu, Malaysia adalah negara pertama yang akan lancarkan produk HUAWEI MatePad Pro ni selepas China. Tablet ini direka khas dengan kehebatan dan kuasa yang membolehkan pengguna ‘multitask’.
Apa yang best sangat HUAWEI MatePad Pro ni? Ini 4 kehebatan utama yang ada pada tablet ini sekaligus akan membuatkan korang terfikir, ‘ aku tak boleh hidup tanpa tablet ni!”.
1. Huawei Share – Work and Play On-the-go
Kalau nak tahu, dengan Huawei Share ni korang boleh ‘collab’ dengan pelbagai skrin. Maksudnya, boleh kongsi je screen dari telefon pintar ke tablet menggunakan pertukaran data dan Multi-screen collaboration.
2. MEETime
Okay yang ni paling best! MEETime ni adalah untuk video call tapi lebih menyeronokkan. Kenapa? Teknologi eksklusif Huawei membolehkan korang kongsi skrin dengan pengguna lain selain boleh buat nota dan buat editing gambar pada masa yang sama.
Apa yang buat korang akan enjoy MEETime ni?
- Sehingga 1080p FHD video call antara gajet Huawei
- Pengguna akan tetap dapat dilihat dengan jelas walaupun ‘low-light’
- Teknologi super-resolution yang imbangkan kualiti video in real time (kalau kualiti connection tak elok)
- Ubah ikut kesesuaian dengan perubahan broadband untuk make sure pengguna dapat pengalaman panggilan yang berkualiti tinggi dan lancar
3. App-Multiplier
Pernah tak korang tengah seronok tengok siri Netflix kegemaran lepas tu tiba-tiba ada orang call? Memang spoil mood sekejap sebab tengah seronok tengok betul tak? Tapi dengan HUAWEI MatePad Pro ni, dah tak perlu stress dengan semua tu lagi. Ini sebabnya:
- Boleh aktifkan Floating Window – membolehkan pengguna membalas mesej sambil bermain game atau tonton filem
- Boleh multitask seperti di atas tanpa perlu minimize aplikasi
4. M-Pencil dan Eye Comfort Mode
Jadi lebih kreatif dengan menggunakan M-Pencil untuk ‘menyampaikan’ mesej atau nota korang. Ditambah pula dengan keselesaan eye comfort mode, apa-apa aktiviti menggunakan tablet ini akan membuatkan korang jadi lebih syok.
Best kan? Kalau nak tahu HUAWEI MatPad Pro ni akan keluar tak lama lagi tau! Jangan lepaskan peluang untuk miliki HUAWEI MatePad Pro terbaru ini dengan harga RM2,399 dan nikmati pengalaman bekerja sambil ‘have fun’ yang akan buat korang tak boleh hidup tanpa tablet ini!
Lebih menarik, korang boleh dapat WiFi model dengan 8GB + 256GB storage kalau korang beli warna Midnight Grey atau Pearl White!
HUAWEI MatePad Pro ini juga ada bundle package berharga RM2,898 (termasuk HUAWEI M-Pencil dan Smart Magnetic Keyboard). Korang boleh dapatkan tablet tu di sini.
HUAWEI MatePad Pro, a tablet I cannot live without. Untuk lebih maklumat lanjut, boleh klik di sini!









