in

Aston Martin Half Marathon Bakal Berlangsung 25 Februari Nanti, Ini Apa Yang Menarik

ft aston martin half marathon 2024 new

Kalau korang aktif sertai acara larian, pastinya korang perasan yang tahun lepas ada acara larian yang sama nama iaitu Aston Martin Run. Tahun ini nampaknya acara berkenaan dah upgrade kepada acara Half Marathon tau disebabkan sambutan yang menggalakkan pada acara larian terdahulu.

Aston Martin Half Marathon 2024 yang dibawakan oleh JomRun ini bakal berlangsung pada 25 Februari 2024 di Persiaran Flora, Cyberjaya!

Acara yang dianjurkan oleh Aston Martin Kuala Lumpur ini pastinya bakal menjanjikan acara yang unik dan menarik bukan sahaja untuk penggemar acara larian, tetapi juga penggemar dunia automotif!

APPS INSTALL 02

7 Kategori Larian 

Apa yang menarik kali ini, terdapat 7 kategori yang boleh disertai oleh pelbagai peringkat pelari. Korang nanti bolehlah pilih ‘cabaran’ larian korang tu.

  • 5km Fun Run (untuk pelari semua peringkat)
  • 10km Fun Run (untuk pelari yang nakkan cabaran)
  • 21.1km Men Open Speed (untuk pelari kompetetif)
  • 21.1km Women Open Speed (untuk pelari kompetetif)
  • 21.1km Men Veteran Speed (untuk pelari kompetetif)
  • 21.1km Women Veteran Speed (untuk pelari kompetetif)
  • 21.1km Run Cruise (pelari self-paced)

PRICELIST 01 768x768 1

Selain acara larian, pastinya peserta berpeluang untuk ‘cuci mata’ menyaksikan pelbagai model kenderaan Aston Martin yang bakal dipamerkan oleh Aston Martin Kuala Lumpur. Tak kiralah sama ada korang penggemar automotif atau tidak, pastinya deretan kereta mewah Aston Martin ini bakal menjadi tarikan ramai nanti.

Barangan Eksklusif Ultron

Selain deretan kereta-kereta mewah dan acara larian yang pastinya bakal meningkatkan adrenalin peserta, mereka yang sertai acara ini bakal menerima pelbagai barangan menarik daripada rakan kongsi acara iaitu Ultron!

Menjanjikan rekaan yang menarik dan keselesaan pelari sepanjang acara, kesemua peserta Aston Martin Half Marathon 2024 bakal menerima sepasang jersi Ultron secara PERCUMA sebagai peserta dan sepasang lagi jersi sebagai FINISHER.

SHOW 04 horz 1

SHOW 06 horz

Selain itu, sekiranya korang berminat nak dapatkan pelbagai lagi merchandise acara Aston Martin Half Marathon 2024 ni, korang boleh tambah RM250 dan upgrade kepada Premium Package yang menawarkan pelbagai barangan eksklusif bernilai RM350!

ADD ON ITEM 01 768x768 1

Tak sah acara larian kalau korang tak dapat medal atau trofi kan? 

Untuk acara Aston Martin Half Marathon 2024 ni, setiap kategori ada disediakan Finisher Medal yang mana rekaannya sangat eksklusif!

section 3nxtlTq6mlRG8iw 768x768 1

Jadi, tak kiralah sama ada korang nak sertai mana-mana kategori sekalipun, Aston Martin Half Marathon 2024 menjanjikan acara larian yang unik dan pendaftaran boleh dilakukan sekarang sehingga 23 Februari menerusi aplikasi JomRun.

Kalau korang tak pernah dengar pasal JomRun, mereka merupakan aplikasi larian yang membolehkan pengguna untuk mencari dan mendaftar untuk sertai lebih 1000 acara larian di Asia Tenggara dan ianya tersedia melalui App Store, Google Play dan juga AppGallery.

Untuk maklumat lanjut tentang acara Aston Martin Half Marathon ini, boleh layari laman web rasmi JomRun, atau ikuti mereka di Facebook dan juga Instagram.