in

“Apabila betul-betul berlaku, saya akan berkongsi” – Respon TokTi Berhubung Spekulasi Berbadan Dua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu, satu video live daripada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ini menjadi buah mulut netizen terutamanya dalam kalangan peminat terhadap reaksi anaknya Siti Aafiyah.


Ia seolah-olah memberikan satu petunjuk bahawa penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu berbadan dua.

Spekulasi mengenai kehamilan penyandang itu mula diperkatakan berdasarkan reaksi spontan anaknya yang menyebut ayat ‘Aafiyah nak baby ni’

 

Doakan semoga hasrat saya untuk kembali hamil menjadi kenyataan. Insya-Allah, apabila betul-betul berlaku, saya akan berkongsi berita gembira dengan peminat.”

Tindakan Siti Aafiyah mencium perut Siti berulang kali juga seakan memberi bayangan yang ibunya kini berbadan dua.

Disebabkan itu, TokTi memberikan respon terhadap isu tersebut dengan meminta peminat mendoakan semoga impiannya menimang cahaya mata kedua menjadi kenyataan. Lapor Berita Harian.

Katanya lagi, dia tidak akan menyembunyikan berita gembira apabila tiba masanya nanti.

 

Baca : Cium Perut Ibu, Aafiyah ‘Kantoikan’ TokTi Sedang Hamil Anak Kedua?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Written by Izuan Jelani

Mende?

“Tak elok kalau budak tengok” – [VIDEO] Netizen Kurang Senang Dengan Iklan ‘Double Meaning’ Promosi Siaran TV

“Demi mencari sesuap nasi” – Tukang Masak Maut Tersepit Dalam Pengisar Kacang