Jika anda kerap menggunakan aplikasi TikTok, pasti anda perasan akan komen spam yang sentiasa memenuhi ruangan komen video.
Sebelum ini, komen ‘Here’s the recipe for brownies’ yang memenuhi ruangan video. Kemudian, pengguna TikTok spam ayat ‘remove Miner’ sebagai rujukan kepada permainan video Clash of Clans.
This is so annoying ?? what does CHUPAGETTI EVEN MEAN?? pic.twitter.com/7vUmRAqSAH
— Cris *:・ (@IKILYHIYYIH) March 31, 2022
Terbaharu, ‘Here’s the recipe for Chupagetti’ membanjiri ruangan komen di hampir setiap video yang masuk ke FYP. Situasi ini menimbulkan persoalan kepada kita semua, apa sebenarnya maksud Chupagetti ini?
Campuran perkataan
Meskipun komen tersebut membawa maksud resipi kepada chupagetti, namun tiada resipi pun yang ditinggalkan di komen tersebut. Jadi, apa itu chupagetti?
Sebenarnya, chupagetti hanyalah campuran dua perkataan iaitu ‘chupa’ dan ‘spaghetti’. Chupa membawa maksud menghisap dalam beberapa bahasa. Menurut laman web Tagalog, chupa ialah perkataan ganti kepada perkataan Tagalog, ‘tsupa’.
https://twitter.com/beomfiree/status/1509398665256833028?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1509398665256833028%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.dexerto.com%2Fentertainment%2Fwhat-does-chupagetti-mean-on-tiktok-1795092%2F
Bagaimanapun, masih tiada penjelasan tepat bagaimana trend ini bermula, namun rata-rata pengguna TikTok berasa kurang selesa dan geram dengan komen yang kadangkala tidak berkaitan dengan video yang dikomen.
Jika trend ini masih diteruskan, ia mungkin akan mendorong TikTok untuk mengambil langkah keselamatan dengan menghalang komen yang dilakukan secara berulang kali.
Kredit: Dexerto
BACA: Pengkaji Dakwa TikTok Kongsi Data Peribadi Pengguna Lebih Daripada Media Sosial Lain

