• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Gaya Hidup

A Day Trip Ke ‘Lorong Gundik’ Di Ipoh Gaya Hipster Dengan Bajet Kurang RM100! Ada Bran?

by Iz January 18, 2022, 4:44 pm

ShareTweet
HIPSTER

Lorong Gundik merupakan destinasi wajib untuk dilawati jika berkunjung ke Ipoh, boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti lokasi ini menjadi tumpuan pelancong dari serata Malaysia bahkan pelancong luar negara.

Namun umum tidak mengenali destinasi ini sebagai ‘lorong gundik’ sebaliknya lebih popular digelar Concubine Lane, atau kini acapkali disebut sebagai lorong hipster.

ee8e9b aa16b36e5c9c4a708a2e63297ecf5154 mv2

Namun korang tahu tak sejarah tempat ini? Ini 6 fakta menarik mengenai Concubine Lane atau ‘Lorong Gundik’ di Ipoh

“Panjangnya tidak melebih 100 meter.”

“Nama lain bagi Concubine Lane ialah Lorong Isteri Kedua, Lorong Wanita Simpanan & Lorong Gundik.”

“Dalam Bahasa Cina ia dipanggi Yee Lai Hong, manakala dalam Bahasa Inggeris dipanggil The Mistress Lane.”

“Wujud sejak 1908.”

“Lorong ini dahulunya merupakan kawasan rumah kedai yang terkenal sebagai pusat pengisap candu, perjudian dan pelacuran yang dimiliki taikun atau jutawan lombong.”

“Dikatakan juga lorong ini jadi tempat kediaman gundik-gundik atau perempuan simpanan taikun-taikun cina pada ketika itu.”

Menarik kan? Hakikatnya ramai yang tak menyedari sejarah lorong ini suatu ketika dahulu. Jadi disebabkan itu penulis rasa eksited dan saja nak cuba ‘A Day Trip’ ke Lorong Gundik ini dengan bajet bawah RM100. Agak-agak boleh tak?

Travel Like A Hipster, Bajet RM100

7.30am   : Tiba di KL Sentral

8.05am   : Naik ETS ke Ipoh

IMG 20220117 103430 01

Bagi penulis, naik ets ke Ipoh lebih jimat dan selesa. Dalam ets ini semua kemudahan dah tersedia antaranya cafe, surau, tandas mesra OKU dan kalau korang bosan sepanjang perjalanan, dipasang movie yang korang boleh layan.

Kalau phone dah habis bateri pun jangan risau sebab setiap kerusi ada disediakan plug untuk setiap penumpang, best kan?

*Penulis nak share 2 tips menarik kalau nak travel naik ets ni

  1. Beli tiket kat KTMB Mobile lebih mudah, korang boleh pilih seat yang korang nak dan tak perlu beratur panjang.
  2. Beli lebih awal, supaya korang dapat tiket dengan harga lebih murah.
  3. Make sure sentiasa update dengan ‘promosi’ KTM ni, student dapat diskaun harga 40% manakalan warga emas 50%.

10.30am : Tiba di Stesen Keretapi Ipoh

Selepas menempuh perjalanan hampir 2 jam 30 minit, maka bermulalah ‘experiment’ penulis untuk menyelongkar setiap pelusuk Lorong Gundik yang heboh diperkatakan masyarat sebagai ‘lorong hipster’

Untuk pengetahuan korang, dari Stesen Keretapi Ipoh ke Lorong Gundik hanya kira-kira 500 meter dan kalau berjalan kaki lebih kurang 7 minit je.

10.37am : Tiba di Lorong Gundik

Sekarang ni penulis nak kongsi kat korang, apa yang menariknya di lokasi ini dan benda yang wajib try kalau datang sini.

Lepas ni korang boleh lah cuba sendiri kan!

IMG 20220117 134627 01
Waktu penulis sampai, keadaan dah ramai macam ni, hari biasa tau. Korang agak-agak weekend macam mana ramainya?
ICE BALL
Ice Ball ni makanan wajib korang kena try kalau datang sini, diibaratkan macam trademark IPOH la. Sedap dan korang boleh pilih 4 perisa tau. Harga RM6 setiap satu.
AISKRIM
Ini pun benda yang WAJIB cuba kalau datang sini Ice Cream Puff dan Ice Cream Rose. Harga hipster sikit la, masing-masing RM7 dan RM12
https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2022/01/AIR-BERASAP.mp4

Yang ni penulis panggil ‘Air Berasap’, nak minum pun seram weh. Air ni korang boleh try kat Kuma Rainbow Cheese Toast, interior dalam kedai dia mashaallah, lawa giler. Sesuai untuk geng-geng yang suka selfie atau kaki foto.

Ada pelbagai pilihan harga, yang penulis beli ni harga RM12.50 perisa laici.

Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar dan tempat yang penulis pergi antaranya Cafe Harry Potter, kedai Glow In The Dark Blue Sand, kedai viral Kuih Titisan Hujan (tutup), Stall Waffle Dot Hipster, kedai Rendang Tok Mak Nik 1959, Mural Art dan macam-macam lagi lah.

Alang-alang dah ke Lorong Gundik, jangan lupa singgah ke Plan B okey! Eksperimen penulis tamat kira-kira pukul 3 petang.

Ini jumlah perbelanjaan penulis sepanjang kat sana.

Tiket ETS Kl Sentral-Ipoh pergi balik RM56

Ice Cream Rose RM12

Ice Cream Puff RM7

Air Berasap RM12.50

Poskad Concubine Lane RM4

JUMLAH : RM 91.50

Alhamdulillah penulis berjaya kawal nafsu berbelanja kurang RM100. Nak jimat, korang bawa lah stok roti dalam beg untuk isi perut kan? Nama pun travelog bajet.

Maka misi Travel Like A Hipster, a day roadtrip ke Ipoh berjaya! Next kemana pulak kita yer?

 

Baca : Travel Naik Pesawat Tak Selamat Sebab Omicron Tengah Mengganas? Ini Yang Korang Patut Tahu

OMI

Terkini

No posts match the widget criteria

Please check if there are posts that match all the below criteria. If not, remove the wrong ones in the widget settings.

  • Time range: week
  • Categories: sosial, gayahidup, hiburan, podcast, sejarah, semasa
  • Tags:

Video Terbaru

  • belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • freepik the style is candid image photography with natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

  • THUMBS KOMANDO 3

    Disebalik Beret Hijau, Leftenan Youn Bongkar Realiti Latihan Komando | PotPetCast

Siaran Akhbar

  • ab591391 4f66 44a3 8c97 39ad4794e2bb

    Kesejahteraan Lebih Baik Dengan Penggunaan Tenaga Bijak: Skim Masa Penggunaan (ToU) Terus Memacu Penjimatan Pelanggan Dalam Prestasi Suku Ketiga TNB 2025

  • collage 18

    Getha Memperkenalkan Kelengkapan Tidur Inovatif Baru dengan Miracle Latex

  • collage 14

    BJAK Meraikan Perkongsian Insurans Dalam Talian Terbesar di Malaysia Bersama 16 Peneraju Industri

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • freepik the style is candid image photography with natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

Terkini

  • syaz ft 2025 11 28T162117.559

    “Bangkit?” – Adegan Mesra Uqasha Senrose & Shahz Jaszle Timbulkan Perdebatan Netizen

  • syaz ft 2025 11 27T110951.842

    Aisha Retno Minta Maaf, Tak Sangka Kenyataan Tentang Batik Timbulkan Kekecohan

  • detik terakhir dharma harun meninggal

    Terkedu & Menggigil Lihat Bapa, Anak Lelaki Allahyarham Dharma Harun Kongsi Detik Akhir

  • ft inara

    “Dia tidak mengiyakan atau menidakkan” – Terpalit Isu Penyondol, Pengurus Bekas Isteri Virgoun Tampil Beri Respon

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube