Pada permulaan awal pembuatan sabun, ia merupakan sebuah teknik eksklusif yang hanya diketahui oleh kumpulan kecil pembuat sabun dan ketika itu, permintaan terhadap sabun amat tinggi walaupun industri tersebut dimonopoli di beberapa kawasan.
Harga sabun hanya berjaya diturunkan pada tahun 1791 setelah seorang warganegara Perancis bernama LeBlanc berjaya menemukan proses kimia yang membolehkan sabun yang ketika itu dianggap sebagai suatu ‘barang mewah’ dijual dengan harga lebih murah.
Selepas 20 tahun, seorang lagi warga Perancis menemukan tindakbalas gliserin, lemak dan asid seterusnya dikatakan sebagai pemulaan pembuatan sabun moden sehinggalah hari ini yang mana kita mempunyai pelbagai jenis sabun untuk pelbagai jenis kegunaan daripada sabun pencuci, sabun tangan dan pelbagai lagi.

Kini pelbagai bahan semulajadi atau tumbuhan yang sering ditambah kepada sabun bagi memberikan pelbagai jenis manfaat. Antara bahan yang selalu ditambah termasuklah :
Limau Purut
Sering ditemukan dalam mana-mana produk pembersihan kulit, selain kaya dengan vitamin C, limau purut juga boleh bertindak sebagai agen pengelupasan, membantu untuk membuang sel mati, menghaluskan kulit serta pelbagai lagi manfaat.
Buah Delima
Menurut hellosehat, buah delima sering menjadi bahan untuk penjagaan kulit karena merupakan bahan semulajadi yang antioksida, anti-bakteria, anti-radang, dan anti penuaan. Khasiat-khasiat tersebut dapat memberi manfaat terutama kepada mereka yang mempunyai masalah kulit, termasuk kulit kering, tanda-tanda penuaan, jerawat, dan banyak lagi.
Lemon

Sama seperti limau purut tadi, lemon juga merupakan bahan semulajadi yang sangat bermanfaat kepada kulit. Antaranya mampu mencerahkan kulit, menghalang pertumbuhan jerawat dan lain-lain.
Arang
Sabun dengan ekstrak arang atau dikenali sebagai ‘activated charcoal’ ini biasanya mengurangkan kulit berminyak, mengecilkan liang-liang pori, meningkatkan seri wajah serta sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
Ekstrak Daun Teh
Selain arang, ekstrak daun teh juga merupakan antara bahan semulajadi yang selalu digunakan sebagai ramuan dalam produk kebersihan seperti syampu, sabun dan lain-lain. Ini kerana ekstrak dari tumbuhan ini boleh mengurangkan minyak pada kulit, mengurangkan kegatalan, agen anti-keradangan serta pelbagai lagi manfaat pada kulit.

Kalau diperhatikan kebanyakkannya kongsi satu ciri yang sama iaitu berperanan untuk ‘merawat’ serta memeberikan manfaat kepada pemakai.
Salah satu sabun yang ada sertakan dua daripada 5 bahan yang disebutkan ini ialah rangkaian Sabun Cecair Mandian Follow Me Anti-Bakteria Deluxe Gold terbaharu yang terdiri daripada Cecair Mandian Badan Anti-Bakteria Deep Cleansing dan juga Cecair Mandian Badan Anti-Bakteria Daily Detox daripada Follow Me.

Apa yang membuatkan cecair mandian anti-bakteria ni sangat penting dan berguna lebih-lebih lagi waktu sekarang ni ialah ia boleh memberikan pelindungan sehingga 99.999% terhadap kuman tetapi selamat dan masih kekal lembut keatas kulit.
Bahan utama yang berdasarkan ekstrak tumbuhan membuatkan cecair mandian ini sesuai untuk digunakan oleh seisi keluarga.
Kandungan yang terdiri daripda bahan semulajadi seperti Ekstrak Arang juga boleh membantu untuk membersihkan kulit secara menyeluruh manakala Ekstrak Tea Tree pula boleh membantu proses detoks harian kulit. Selain daripada itu manfaat lain arang dan minyak dauh teh juga mampu memulihara serta memelihara kulit agar kekal bersih, lembut dan terlindung dari kuman.
Terdapat 2 variasi baru iaitu :
Sabun Cecair Mandian Follow Me Anti-Bakteria Deluxe Gold Charcoal Deep Cleansing
- Menggunakan ekstrak arang semulajadi
- Membersihkan kotoran lebih dalam dan sel mati
- Membersihkan kulit
- Membuka liang pori pada kulit
Sabun Cecair Mandian Follow Me Anti-Bakteria Deluxe Gold Tea Tree Daily Detox
- Mengandungi ekstrak daun teh
- Bahan anti-radang dan anti-bakteria
- Mengurangkan kemerahan
- Mengurangkan bengkak dan keradangan
- Minyak ekstrak daun teh digunakan dalam produk rawatan kulit berjerawat
Apa yang menarik, kedua-dua produk daripada siri Follow Me Anti – Bakteria Deluxe Gold ini didatangkan dalam variasi ‘pek keluarga’ bersaiz 950ml (RM17.90).
Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan mana-mana produk kegemaran korang di sini.
