in

16 Mukim Di Selangor Dikategorikan Sebagai Zon Merah – Pasukan Khas Covid-19 Selangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Kosmo, Pasukan Khas Covid-19 Selangor (STFC) telah membuat makluman di laman rasmi mereka bahawa 16 mukim di Selangor ini dikategorikan sebagai Zon Merah.


Kesemua mukim tersebut ialah :

  • Kapar
  • Klang
  • Ampang
  • Cheras
  • Hulu Langat
  • Kajang
  • Semenyih
  • Bukit Raja
  • Damansara
  • Petaling
  • Sungai Buloh
  • Batu
  • Hulu Klang
  • Dengkil
  • Labu
  • satu kawasan di Kuala Langat

Setakat pukul 12 tengah hari semalam sebanyak 10 kes baharu melibatkan 10 kes tempatan dicatatkan di negeri ini.”

 

53 kes aktif, 39 kes jangkitan dari negeri lain

“Secara keseluruhan sebanyak 2,271 kes Covid-19 dicatatkan di seluruh Selangor dengan 24 kematian direkodkan setakat ini.”

Jelas mereka, Selangor merekodkan 53 kes aktif iaitu individu yang boleh menjangkiti orang lain dan 39 kes melibatkan individu yang mendapatkan jangkitan di negeri lain.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-Naught (RO) bagi Selangor juga lagi tinggi berbanding Sabah.

“Hal ini sangat memerlukan kepatuhan standard prosedur operasi ( SOP) pada tahap tinggi bagi menurunkan semula jangkitan di Selangor termasuk penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan.”

Semalam, Dr. Noor Hisham Abdullah mengatakan RO bagi negeri Selangor meningkat ke angka 1.95 berbanding 0.8 pada 15 September lalu, paling tinggi dalam tempoh dua minggu ini.

 

Baca : Baru Pulang Dari Empat Zon Merah Ini? KKM Nasihat Untuk Buat Ujian COVID 19 Sebagai Langkah Berjaga-jaga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Written by Kamalya

Sepenuh masa mommy kepada anak-anak bulus dan cucu bulus, separuh masa otaku, dan ahli komited persatuan overthinker sedunia. Selain itu, seorang yang kelihatan sentiasa mengantuk, sentiasa.

“Awak perlukan gf tak?” – Keluar TV Nak ‘Complain’ Pasal Pintu Bilik Air, Tapi Netizen Tak Tahan Dengan Kehenseman Lelaki Ni

“Tak elok kalau budak tengok” – [VIDEO] Netizen Kurang Senang Dengan Iklan ‘Double Meaning’ Promosi Siaran TV